Monday, January 18, 2010

Lang Bara


Ini gambar terbaru anak lang Persona iaitu Lang Bara...dgr kata dari tuan barunya....walaupun baru dalam anak B dah ada yang berminat dan offer hingga 1k....tapi tuan baru dia terlalu sayang kat lang bara ni yang mempunyai tubuh yang sangat cantik dan amat bergaya di atas meja

Lang Bara dan Lang Ara


Alhamdulillah.....2 ekor lagi anak Lang persona nampaknya bakal mengganas di bon...anak2 tersebut adalah adik satu ibu dengan Lang Setia iaitu Lang Bara (Warna Winston) dan Lang Ara(Warna Ara).....keduanya adalah satu tetasan....Lang Bara sekarang ni milik sahabat saya zizi seremban dan Lang Ara pulak ada di tangan saya,Lang ara saya simpan untuk di jadikan bapak backup untukLang Persona.....

Monday, January 11, 2010

Produk-produk Persona serama farm

Yang ni pulak adalah 2 produk Persona Serama Farm...yang dalam balang bertutup merah tu adalah makanan serama bermutu tinggi yang saya namakan "Special Persona",saya adunkan makan tersebut khas untuk ayam2 serama yang diletakkan seekor2 untuk bertanding,bahan asas makan tersebut adalah dari bijirin biasa untuk ayam dan saya campurkan multivitamin dan mineral.

Antara kelebihan Special Persona adalah :
1) Ayam tidak menjadi gemuk
2)Ayam lebih galak
3)Najis kering dan kurang berbau
4) Bulu ayam serama lebih berkilat

Special Persona seeloknya di beri seiringan dgn satu lagi produk Persona Serama Farm Iaitu "Persona Power Drop"(PPD),yang botol nya macam eyemo tu....
Saya telah mengunakan PPD ni hampir 2 tahun sebelum di komersialkan,dan baru seminggu di pasarkan ianya telah mendapat respon yang baik dari pembeli,antara khasiat PPD ialah:
1) Ayam lebih galak,balung lebih merah
2) melindungi ayam dari terlalu mudah dijangkiti penyakit
3)Ubat untuk ayam yang nampak pucat
4)Boleh membantu memulihkan ayam betina yang bertelur lembik
PPD juga mudah digunakan,boleh dititis terus kedalam mulut ayam atau campur dgn air mnuman.
Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh la hubungi saya:
Rahman Lang Persona
012-3874898

Lang setia Terkini

Ini adalah gambar lang setia yang baru diambil dalam minggu lepas,senyum memanjang tuan dia bila bawak lang setia ke rumah saya...alhamdulilah nampak mcm boleh pakai lang setia ni.....

Lang Setia


Ini pulak adalah gambar Lang Setia masa anak B,anak kepada lang Persona jugak tapi ibu lain,sekarang ni jadi hak mutlak saudara midi melaka,dia bli ayam ni masa umur 2 hari...alhamdulilah usaha saudara midi ni nampaknya tidak sia2 rasanya


Inilah dia Lang Puchong,anak kepada Lang Persona,kepunyaan Cikgu zaid,Lang puchong ni telah menjadi johan di beberapa pertandingan dan pernah menjadi Juara antara Juara di KL

Friday, January 8, 2010

Lang Puchong

Lang Puchong adalah anak kepada Lang Persona yang boleh la dikatakan paling menonjol setakat ni..pernah menjadi johan kategori A dan Juara antara juara di pertandingan bulan oct 2009 di kl