Wednesday, July 27, 2011

Baka Lang Persona (Lang) kacuk dgn baka lain

Salam kawan-kawan peminat serama,
Terlebih dulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan yang insyallah akan bermula pada hari isnin ni kepada kawan-kawan yang beragama islam.
Alhamdulillah sejak bermulanya ombak kedua serama dalam tahun 2006,kini pertandingan dan minat serama sudah kembali seperti ombak pertama dulu iaitu sekitar tahun 1999.Kualiti serama pun semakin tinggi.
Saya amat bersyukur kerana di beri kesempatan olehNYA untuk membuat kacukkan serama yang alhamdulilah hingga terhasilnya baka Lang Persona atau ada yang lebih senang memanggilnya dgn nama "Baka Lang".Walaupun baka ini tidak sehebat mana tapi alhamdulilah ianya dapat memenangi hati segelintir peminat serama di Malaysia dan para pengadil....Terima Kasih banyak2 saya ucapkan.
Mungkin kerana ada di antara yang terlalu sukar untuk mendapatkan sepasang ayam2 dari baka lang yang original kerana saya amat kekurangan betina,ada yang mengambil insiatif untuk mengacukkan ayam dari baka lang ini dengan baka2 yang lebih tersohor,alhamdulliah kebelakangan ini saya dapat lihat dalam blog,di pertandingan maupun MMS,hasil kacukkan ini ada yang telah mebuahkan hasil yang amat membanggakan.Tahniah dan terima kasih kepada kawan2 yang sudi menjadikan Baka Lang ini salah satu baka untuk breeding program mereka.Antara baka Lang kacuk telah memenangi hati peminat dan pengadil adalah Lang Ledang -Zizi seremban(BOTB Pertangdingan di Gunung Ledang,Johor),Lang Stylo-MIZI Penang (Top 10 pertandingan besar) dan banyak lagi yang mempunyai cuting tubuh dan gaya elok termasuklah Lang rambo dan Lang Ringo (Bob BR7) dan lain2 lagi.Hinggakan ada seorang sahabat saya yang mengacukkan Baka lang ini dgn Baka2 tersohor lain sering menghantar anank2 ayam beliau ke rumah saya untuk di jual kepada peminat2,dah 3 kali beliau menghantar(lebih kurang 50 ekor) dan alhamdulilah semuanya habis terjual dgn begitu cepat sekali.

Sekali lagi saya dgn rendah diri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat serama yang memberi sedikit ruang di hati mereka untuk meminati Baka Lang.

Terima Kasih

Rahman Lang Persona
Melaka
012-3874898
0126845884