Wednesday, August 12, 2009

Serama Persona

Salam untuk semua peminat serama seluruh malaysiatujuan utama di wujudkan blog seramapersona adalah untuk memberi info perkembangan serama di alor gajah dan seluruh melaka. Buat pertama kali ni saya paparkan dulu 5 gambar ayam hasil breeding kat reban saya,



Saga -adalah ayam serama pertama hasil dari reban alor gajah yang menaikkan semula semangat membela, bertanding dan menganjurkan pertandingan di alor gajah melaka,,kelab kami pun diambil nama sempena nama ayam ni SAGA (Serama Alor Gajah),ini adalah gambar saga masa nak masuk remaja,masa ni la bakat saga dapat dikesan, Pencapaian saga -Johan muda di Bentong,Johan B di karak...tak lama dari tu saga telah di beli oleh seorang peminat dari kuwait.






Lang Merah -Adalah ayam yg saya beli dari saudara Nik Ridwan Tumpat kelantan,Biasanya akan duduk top 3 dalam pertandingan di sekitar selangor dan Melaka,Lang Merah adalah pembaka utama reban saya,Lang Persona dan Lang Perkasa adalah anak kepada Lang Merah.Ada banyak lagi anak2 lang Merah yang boleh dibanggakan contohnya Lang Mewah,Lang tembaga dan beberapa ekor lagi yg tak sempat saya nak bagi nama dah bertukar hakmilik kepada peminat sekitar melaka,n.sembilan,kuala lumpr dan Terengganu.



Lang Perkasa





Lang Persona - Adalah hasil dari reban saya yang paling boleh dibanggakan,beberapa kali dapat johan kategori Serama A dan Pernah mendapat gelaran juara antara juara Di Port Dickson.anak2 dari lang persona juga telah banyak bertukar hakmilik kepada peminat2 serama sekitar Johor,N.sembilan dan Kuala Lumpur...yang terbaru ialah Lang Impian yang baru je bertukar tangan ke peminat di Johor... Setakat ini sahaja buat masa ni untuk tatapan semua Thanks.


Lang Tembaga

Abdul Rahman Bin Yaacob
HP:012-3874898