Sunday, June 2, 2013

Koleksi keratan akhbar mengenai AYAM SERAMA dulu-dulu

Salam kawan-kawan ,kebetulan semalam baru selongkar balik kotak-kotak yang berisi khazanah yang berkenaan serama,terjumpa pulak keratan-kertan akhbar mengenai serama yang saya simpan untuk koleksi saya,jadinya saya post la kat sini untuk tatapan kawan-kawan,jika ada juga yang mengumpul keratan akhbar serama mcni ,boleh la share atau nak jual kat saya pun ok jugak (yang saya xda la).

Nanti ada masa saya uploadkan yang baru-baru pulak.

Sekian untuk waktu,
Terima kasih
Abdul Rahman Bin Yaacob
Serama Persona
(012-6845884)












Wednesday, May 22, 2013

Lang Sewah dan Sijil pembakaan (Certificate Of Pedigree)

Salam kawan,da lama rasanya tak cerita pasal baka LANG ni,sebenarnya saya masih meneruskan kacukkan ayam serama dari baka lang,sambil tu saya ada jugak buat outcrossing dengan baka lain kemudian inbreed semula dengan baka lang...akhirnya saya dapat seekor anak hasil dari projek tu yang sana namakan "LANG SEWAH" mengambil sempena nama salah satu species burung lang yang bersaiz kecil tapi amat digeruni oleh para pemikat burung terkukur...

Saya juga telah membuat sijil pembakaan(Certificate Of Pedigree) untuk lang sewah ni...ada org tanya apa yang perlu sangat dibuat sijil ni,pada saya secara basicnya ianya adalah penukaran info lisan kepada info bertulis,Breeder serama selalunya akan bercakap tentang kacukkan yang mereka buat atas seseekor ayam,bapak dia baka ni lah....mak dia baka ni lah....atuk dia baka ni lah...so baik cakap2 mulut tu kita tukarkan kepada info bertulis...Sijil ni memudahkan penjual dan jugak pembeli.

Sekian dulu buat masa ni...
Abdul Rahman Bin Yaacob
Serama Persona
(Pengasas Baka Lang)
012-6845884)


Friday, September 7, 2012

Pertandingan Kesenian dan Kecantikkan Serama Melaka -16.09.2012

Salam kawan-kawan peminat serama semua,kami dari Kelab Peminat Serama Melaka (KPSM) ingin menjemput kawan-kawan ke Pertandingan Kesenian dan Kecantikkan Ayam Serama Sempena Hari peladang dan Penternak 2012,

Penganjur :Kelab Serama Melaka dan Jabatan Veterinar Melaka
Tarikh : 16.09.2012 (Ahad)
Masa : Bermula dari jam 9.00 pagi
Lokasi : Datarana Ayer Keruh,Melaka (Besebelahan Zoo Melaka)

Yuran : RM 30

Kategori
Serama A
Serama B
Serama Muda
Serama Remaja
Serama Jantan Tanpa Lawi
Serama Betina (Induk)
Serama Anak A
Serama Anak B

Hadiah Setiap kategori
Johan Wang Tunai RM 100 + Piala + sijil
Tempat Ke2 Wang Tunai RM80 + piala + sijil
Tempat Ke3 Wang Tunai RM60 +pila + sijil
(Hadiah Piala masih dalam perancangan,jika tiada piala ianya akan diganti dgn hadiah barangan keperluan harian)

Saguhati (50% drp jumlah ayam bagi setiap kategori).
Sangkar (Pintu atas) atau Barangan keperluan harian.

BOTB Piala atau Barangan keperluan harian + Wang tunai RM 50.

Cabutan bertuah
Hamper dan Barangan keperluan ayam atau keperluan harian.

Segala pertanyaan boleh hubungi
En.Abdul Rahman (Serama Persona) -012-6845884
En.Hulul Azmi - 010-2835707
En.Khalid - 016-6654929

Terima Kasih
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884






Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Adilfitri 2012

Salam untuk semua peminat-peminat serama seluruh Malaysia,Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" untuk semua,saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari serama rakan peminat serama sekiranya selama ini dalam dunia serama ni saya ada terkasar bahasa,ada mengumpat,ada bercakap besar dan segala jua kesilapan.
Alhamdulilah dgn meminati serama kita di anugerahkan Allah rakan-rakan yang baru,menambah sedikit ilmu dalam pembelaan serama dan juda tambahan rezeki dari hasil serama,cuma sedikit lagi yang masih tidak berapa memuaskan hati saya sebagai seorang penganjur dalam hobi serama ni ialah kaedah yang kita guna pakai dalam pemberian hadiah dalam pertandingan serama iaitu pengunaan wang penyertaan sebagai hadiah pertandingan,buat masani itulah yang mampu kita lakukan jika tiada penaja(sponsor),bersama2 lah kita berdoa supaya Allah memberi pertunjuk dan idea yang terbaik untuk kita supaya pertandingan serama yang kita cintai ni dapat dijalankan dgn lebih bersih dari segi syariah dan diberkati Allah,Aminnnn.
Tahun ni insyallah saya akan beraya di rumah keluarga saya di Johor Bahru dan Pontian Johor.

Ikhlas dari
Abdul Rahman Bin Yaacob (Serama Persona)
Kelab Peminat Serama Melaka
012-6845884


Friday, June 22, 2012

AL-FATIHAH buat arwah Cikgu Din Klang

Salam kawan-kawan peminat serama semua,
Mungkin ramai yang dah tau yang pagi semalam (Jumaat) kita telah dikejutkan dgn berita kembalinya seeorang peminat tegar dalam hobi ayam serama iaitu Cikgu din Klang,semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh2 orang yang beriman,
Arwah adalah seerang kawan yang baik,peramah,lemah-lembut dan selalu tersenyum,arwah adalah penyokong kuat pertandingan serama di Melaka,boleh dikatakan setiap kali kami anjurkan pertandingan pasti arwah akan datang support,beliau jga rapat dgn saya sebab merupakan salah seorang customer tetap makanan serama special persona saya...seringkali lepas pertandingan di Melaka,arwah akan sms saya memberi sokongan dan pujian mengenai penganjuran pertandingan.Arwah juga sering sms saya mengenai keputusan ayam2 beliau jika pegi bertanding di tempat lain.

Sampai ke harini saya masih teringat2 kali terakhir berjumpa arwah di Klang pada 04.06.2012 yang lepas sebab anta makanan serama yang beliau tempah,sempat jugak arwah belanja saya makan di restoran mamak,seronok betul arwah bercerita pasal anak ayam dia yang dapat tempat terbaik di Gopeng,

Wlu apapun Allah lebih menyanyangi arwah,kita sama2 berdoa yang baik untuk arwah,

Abdul Rahman (Lang Persona)
Serama Melaka
012-6842558