Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Adilfitri 2012

Salam untuk semua peminat-peminat serama seluruh Malaysia,Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" untuk semua,saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari serama rakan peminat serama sekiranya selama ini dalam dunia serama ni saya ada terkasar bahasa,ada mengumpat,ada bercakap besar dan segala jua kesilapan.
Alhamdulilah dgn meminati serama kita di anugerahkan Allah rakan-rakan yang baru,menambah sedikit ilmu dalam pembelaan serama dan juda tambahan rezeki dari hasil serama,cuma sedikit lagi yang masih tidak berapa memuaskan hati saya sebagai seorang penganjur dalam hobi serama ni ialah kaedah yang kita guna pakai dalam pemberian hadiah dalam pertandingan serama iaitu pengunaan wang penyertaan sebagai hadiah pertandingan,buat masani itulah yang mampu kita lakukan jika tiada penaja(sponsor),bersama2 lah kita berdoa supaya Allah memberi pertunjuk dan idea yang terbaik untuk kita supaya pertandingan serama yang kita cintai ni dapat dijalankan dgn lebih bersih dari segi syariah dan diberkati Allah,Aminnnn.
Tahun ni insyallah saya akan beraya di rumah keluarga saya di Johor Bahru dan Pontian Johor.

Ikhlas dari
Abdul Rahman Bin Yaacob (Serama Persona)
Kelab Peminat Serama Melaka
012-6845884