Friday, September 7, 2012

Pertandingan Kesenian dan Kecantikkan Serama Melaka -16.09.2012

Salam kawan-kawan peminat serama semua,kami dari Kelab Peminat Serama Melaka (KPSM) ingin menjemput kawan-kawan ke Pertandingan Kesenian dan Kecantikkan Ayam Serama Sempena Hari peladang dan Penternak 2012,

Penganjur :Kelab Serama Melaka dan Jabatan Veterinar Melaka
Tarikh : 16.09.2012 (Ahad)
Masa : Bermula dari jam 9.00 pagi
Lokasi : Datarana Ayer Keruh,Melaka (Besebelahan Zoo Melaka)

Yuran : RM 30

Kategori
Serama A
Serama B
Serama Muda
Serama Remaja
Serama Jantan Tanpa Lawi
Serama Betina (Induk)
Serama Anak A
Serama Anak B

Hadiah Setiap kategori
Johan Wang Tunai RM 100 + Piala + sijil
Tempat Ke2 Wang Tunai RM80 + piala + sijil
Tempat Ke3 Wang Tunai RM60 +pila + sijil
(Hadiah Piala masih dalam perancangan,jika tiada piala ianya akan diganti dgn hadiah barangan keperluan harian)

Saguhati (50% drp jumlah ayam bagi setiap kategori).
Sangkar (Pintu atas) atau Barangan keperluan harian.

BOTB Piala atau Barangan keperluan harian + Wang tunai RM 50.

Cabutan bertuah
Hamper dan Barangan keperluan ayam atau keperluan harian.

Segala pertanyaan boleh hubungi
En.Abdul Rahman (Serama Persona) -012-6845884
En.Hulul Azmi - 010-2835707
En.Khalid - 016-6654929

Terima Kasih
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884






Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya Adilfitri 2012

Salam untuk semua peminat-peminat serama seluruh Malaysia,Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" untuk semua,saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dari serama rakan peminat serama sekiranya selama ini dalam dunia serama ni saya ada terkasar bahasa,ada mengumpat,ada bercakap besar dan segala jua kesilapan.
Alhamdulilah dgn meminati serama kita di anugerahkan Allah rakan-rakan yang baru,menambah sedikit ilmu dalam pembelaan serama dan juda tambahan rezeki dari hasil serama,cuma sedikit lagi yang masih tidak berapa memuaskan hati saya sebagai seorang penganjur dalam hobi serama ni ialah kaedah yang kita guna pakai dalam pemberian hadiah dalam pertandingan serama iaitu pengunaan wang penyertaan sebagai hadiah pertandingan,buat masani itulah yang mampu kita lakukan jika tiada penaja(sponsor),bersama2 lah kita berdoa supaya Allah memberi pertunjuk dan idea yang terbaik untuk kita supaya pertandingan serama yang kita cintai ni dapat dijalankan dgn lebih bersih dari segi syariah dan diberkati Allah,Aminnnn.
Tahun ni insyallah saya akan beraya di rumah keluarga saya di Johor Bahru dan Pontian Johor.

Ikhlas dari
Abdul Rahman Bin Yaacob (Serama Persona)
Kelab Peminat Serama Melaka
012-6845884


Friday, June 22, 2012

AL-FATIHAH buat arwah Cikgu Din Klang

Salam kawan-kawan peminat serama semua,
Mungkin ramai yang dah tau yang pagi semalam (Jumaat) kita telah dikejutkan dgn berita kembalinya seeorang peminat tegar dalam hobi ayam serama iaitu Cikgu din Klang,semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh2 orang yang beriman,
Arwah adalah seerang kawan yang baik,peramah,lemah-lembut dan selalu tersenyum,arwah adalah penyokong kuat pertandingan serama di Melaka,boleh dikatakan setiap kali kami anjurkan pertandingan pasti arwah akan datang support,beliau jga rapat dgn saya sebab merupakan salah seorang customer tetap makanan serama special persona saya...seringkali lepas pertandingan di Melaka,arwah akan sms saya memberi sokongan dan pujian mengenai penganjuran pertandingan.Arwah juga sering sms saya mengenai keputusan ayam2 beliau jika pegi bertanding di tempat lain.

Sampai ke harini saya masih teringat2 kali terakhir berjumpa arwah di Klang pada 04.06.2012 yang lepas sebab anta makanan serama yang beliau tempah,sempat jugak arwah belanja saya makan di restoran mamak,seronok betul arwah bercerita pasal anak ayam dia yang dapat tempat terbaik di Gopeng,

Wlu apapun Allah lebih menyanyangi arwah,kita sama2 berdoa yang baik untuk arwah,

Abdul Rahman (Lang Persona)
Serama Melaka
012-6842558

Tuesday, June 19, 2012

Pertandingan BON kecil serama Melaka -24.06.2012

Salam kawan2,

Jemputan ke pertandingan serama bon kecil di Melaka :
Lokasi : Serama Park,Durian Tunggal,Melaka.
Tarikh : 24.06.2012 (Ahad)
Kategori
Serama A
Serama B
Serama Muda
Serama Remaja
Serama Betina (Induk)
Serama Tanpa Lawi
Serama anak A
Serama aanak B

Yuran : Rm 25
Hadiah bagi setiap kategori
Johan - Rm80
Tempat ke2 - Rm60
Tempat Ke 3 - RM50
Saguhati -RM30

BOTB- RM50

Cabutan bertuah - Hamper

(Hadiah adalah berdasar 30% drp jumlah ayam bagi setiap kategori

Wang pendaftaran (Yuran)akan digunakan sepenuhnya oleh penganjur untuk :
Upah Pengadil,upah petugas,lokasi pertandingan,hadiah dan lain2 yang kos pengurusan bagi menjayakan pertandingan ini.

Terima Kasih
Rahman (Serama Persona)
Kelab Serama Melaka
012-6845884

Friday, June 8, 2012

Cerita terkini Serama Persona

Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk kawan2 peminat serama semua,lama benar rasanya SP x menulis dalam blog ni....asyik melayan FB je he3....kebetulan ada kelapangan ni boleh la tulis sikit2.....alhamdulilah SP masih lagi meneruskan breeding serama dari Bloodline sendiri iaitu Bloodline "LANG",walaupun ianya tidak sehebat bloodline2 yang lain..SP amat bersyukur dgn pencapain Bloodline LANG setakat ni....
Sekarang ni SP dalam proses upgrade Bloodline LANG ni,ramai kawan2 yang membantu dari segi nasihat dan semangat...terima kasih semua..Jantan2 pembaka dan induk2 dari Bloodline LANG SP cuba kacukkan dgn beberapa ayam serama terpilih dan kemudiannya dikacukkan semula dgn Bloodline LANG,SP tetap dgn cara breeding yang lama bermula dari membela serama di JOHOR BAHRU dulu iaitu mencatatkan semua hasil keluaran reban SP bagi memastikan tiada sekor pun ayam hasil reban SP yang tidak diketahui dgn tepat Induk jantan dan Betinanya,dgn itu SP akan terus bersedia dari dulu untuk membuat PEDIGREE untuk Bloodline dari reban SP....Insyallah mungkin nanti akan ada serama jantan dari bloodline LANG yang bukan hanya berwarna ara dan kubing tapi kuning,rinting,putih dan pelbagai warna lagi tetapi mempunyai ciri2 dan cuting yang lebih kurang sama....SP hanya berusaha hanya ALLAH yang menentukan.

Sekali lagi SP megucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan2 peminat serama seluruh Malaysia dan Indonesia yang sentiasa menyokong SP samada dari segi penganjuran pertandingan serama maupun breeding serama.

Yang masih memerlukan tunjuk ajar
Abdul Rahman Bin Yaacob
Serama Persona,
Kelab Peminat Serama Melaka
012-6845884

Anak A (3)

Anak A (2)

Anak A

anak kuning

remaja betina

Thursday, May 17, 2012

Pertadingan Kesenian dan kecantikkan Serama Melaka -20.05.2012

Salam Kawan2 peminat serama,

Atas permintaan ramai,satu pertandingan kesenian dan kecantikkan ayam serama akan dianjurkan di melaka pada 20.05.2012 (Ahad)

*Adalah diharap para peserta pertandingan nanti memahami bahawa pertandingan atau pameran kecantikkan serama ini adalah satu platform untuk para peminat serama mempamerkan kecantikkan dan kesenian ayam serama mereka dan tempat mempromosi ayam2 serama bagi tujuan mempertingkatkan kualiti serama kita dan tambahan pendapatan.Disini jugalah kita dapat bertemu rakan2 kita bagi tujuan megeratkan silaturahim insyallah.

*Adalah di maklumkan bahawa yuran penyertaan RM25 untuk seekor ayam serama yang dikenakan kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan itu nanti akan digunakan untuk menampung kos2 penyelengaraan untuk menjayakan pertandingan tersebut termasuklah:
1) Tapak pertandigan (RM50)
2) Bayaran Pengadil - RM 200 ~ RM250 (Berdasarkan jumlah ayam)
3) Cabutan Bertuah
4) Hadiah untuk para pemenang dan saguhati.
5) Upah para petugas.
6) Kos pengiklanan pertandingan ( call,sms,FB,Blog dll),
7) Kos alatulis


Tarikh : 20.05.2012 (Ahad)
Lokasi : Kedai buah.Bukit Rambai,Melaka
Yuran : Rm 25
Kategori : Serama A,Serama B,Serama Muda,Serama Remaja,Tanpa Lawi,Induk (Betina),Anak A dan Anak B.

Hadiah bagi setiap kategori
Johan -RM 80
Tempat Kedua -RM60
Tempat Ketiga -RM50
Saguhati - RM20
Cabutan bertuah - Hamper atau barangan keperluan harian.
BOTB - RM50
(Segala hadiah yang di paparkan diatas adalah boleh diubah oleh penganjur dengan perbincangan dahulu dengan para peserta berdasarkan jumlah ayam yang menyertai pertandingan ini bagi mengelakkan kami yang di amanahkan oleh para peserta untuk menyelengarakan pertandingan ini mengalami kerugian maupun mengambil keutungan hasil dari pertandingan ini nanti).
Segala Pertanyaan bolehlah menghubungi :
En.Hulul Azmi -010-2645269
En.Khalid - 016-6654929
Abd Rahman(Serama Persona) -012-6845884
Terima Kasih.

Tuesday, April 17, 2012

Updated Pertandingan / pameran Serama di Melaka -29.04.2012

Salam Kawan2 peminat serama,
Saya nak update pasal pertandingan serama bon kecil yang bakal kami dari kelab peminat serama Melaka anjurkan pada 29.04.2012 nanti.

*Adalah diharap para peserta pertandingan nanti memahami bahawa pertandingan atau pameran kecantikkan serama ini adalah satu platform untuk para peminat serama mempamerkan kecantikkan dan kesenian ayam serama mereka dan tempat mempromosi ayam2 serama bagi tujuan mempertingkatkan kualiti serama kita dan tambahan pendapatan.Disini jugalah kita dapat bertemu rakan2 kita bagi tujuan megeratkan silaturahim insyallah.

*Adalah di maklumkan bahawa yuran penyertaan RM25 untuk seekor ayam serama yang dikenakan kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan itu nanti akan digunakan untuk menampung kos2 penyelengaraan untuk menjayakan pertandingan tersebut termasuklah:
1) Tapak pertandigan (Pantai Puteri) -RM150
2) Bayaran Pengadil - RM 250 (untuk 2 orang pengadil Perkasa dari KL atau Melaka)
3) Cabutan Bertuah
4) Hadiah untuk para pemenang dan saguhati.
5) Upah para petugas.
6) Kos pengiklanan pertandingan ( call,sms,FB,Blog dll),
7) Kos alatulis


Tarikh : 29.04.2012 (Ahad)
Lokasi : Pentas,Pantai Puteri,Melaka
Yuran : Rm 25
Kategori : Serama A,Serama B,Serama Muda,Serama Remaja,Tanpa Lawi,Induk (Betina),Anak A dan Anak B.

Hadiah bagi setiap kategori
Johan -RM 80
Tempat Kedua -RM60
Tempat Ketiga -RM50
Saguhati - RM20
Cabutan bertuah - Hamper atau barangan keperluan harian.
BOTB - RM50
(Segala hadiah yang di paparkan diatas adalah boleh diubah oleh penganjur dengan perbincangan dahulu dengan para peserta berdasarkan jumlah ayam yang menyertai pertandingan ini bagi mengelakkan kami yang di amanahkan oleh para peserta untuk menyelengarakan pertandingan ini mengalami kerugian maupun mengambil keutungan hasil dari pertandingan ini nanti).
Segala Pertanyaan bolehlah menghubungi :
En.Hulul Azmi -010-2645269
En.Khalid - 016-6654929
Abd Rahman(Serama Persona) -012-6845884
Terima Kasih.

Friday, April 6, 2012

Pertandingan Kesenian dan kecantikkan serama di Melaka-29.04.2012

Salam Kawan-kawan,
Insyallah setelah 2 kali tertangguh sebab nak beri laluan kepada pertandingan di taman orkid,kelantan(31.03.2012) dan pertandinagn besar di Penang (14.04.2012) satu pertandingan kesenian dan kecantikkan ayam serama bon kecik bakal diadakan di melaka.
Hadiah belum dapat kami comfirmkan lagi sebab masih dalam proses perbincangan kot2 ada sponsor.

Tarikh : 29.04.2012 (Ahad)
Lokasi : Akan diberitahu (Taman serama ,durian tunggal atau lokasi lain)
Kategori :Serama A,Serama B,Muda,Tanpa lawi,Induk,Remaja,anak A dan Anak B.
Yuran : RM25
Hadiah : Masih dalam perbincangan samada Piala atau wang tunai atau kedua2nya.

Nanti saya akan update lagi ya.

Terima kasih
Rahman (Lang Persona)
Serama Melaka
012-6845884

Sunday, February 12, 2012

Pameran Kesenian dan Kecantikkan serama di Melaka -25.02.2012

Salam kawan2,kami dari kelab serama Melaka bersama2 dengan serama cooperation ingin menjemput kawan2 semua ke pameran kesenian serama seperti di bawah :

Adalah pameran ini di anjurkan bertujuan menjadi satu platform bagi peminat serama untuk membawa ayam2 serama mereka untuk di pamerkan dan diadili oleh para juri yang telah kami jemput.Pameran ini juga adalah tempat dimana semua peminat serama mempromosikan ayam2 serama mereka bagi tujuan untuk menjadikan serama sebagai satu sumber pendapatan sepenuh masa atau pendapatan sambilan para peminat serama,Pameran ini juga diadakan bagi mengeratkan silaturahim para peminat serama.Sedikit wang pendaftaran di perlukan dari para peserta untuk tujuan promosi sebelum pertandingan,kos lokasi pertandingan,upah untu para juri dan lain2 aktiviti bagi menjayakan pameran ini.Semoga pameran yang bakal diadakan lebih santai dan yang paling penting ianya menjadi satu perkumpulan yang diredai Allah dan kita semua mendapat rahmat dariNYA...amin

Tarikh : 25.02.2012 (Sabtu)
Masa 9.00 Pagi
Lokasi : Serama Park,Durian tunggal,Melaka.

Yuran Penyertaan : RM50 untuk seekor ayam serama yang ingin diadili kecantikkanya oleh juri.

Hadiah2 bagi setiap kategori yang diadili.


Johan -RM 400
Naib Johan -RM300
Tempat Ketiga -RM200
(Bagi memeriahkan lagi pameran ini,ayam yang mendapat markah pertama.kedua dan ketiga tertinggi bagi setiap kategori akan diadili semua oleh para juri profesional dan awam gayanya diatas meja serentak,seumpama macam BOTB,keputusan dari pengadilan ini lah yang akan menentukan secara mutlak ayam mana yang mendapat Johan,Naib johan dan tempat ketiga bagi setiap kategori,pengajur juga telah menetapkan bahawa tiada sorakkan dari pemilik dan peminat semasa acara saringan ini di jalankan,Sorakkan hanya dibenarkan semasa acara juara antara juara sahaja.)

Saguhati
Pengajur berbsar hati untuk memberi saguhati sebanyak RM60 berdasarkan 30% dari jumlah ayam untuk setiap kategori.

Juara antara Juara (BOTB)
RM150 dan piala

Bonanza
Penganjur berbesar hati untuk memberi RM500 sebagai cabutan bonaza.

Saguhati bertuah
Pengajur berbsar hati untuk menyediakan beberapa saguhati bertuah seperti dibawah
RM100 X 5 orang pemenang
RM50 X 10 orang pemenang
Hamper.

Segala pertanyaan sila hubungi :
Abd.Rahman bin Yaacob (Serama Persona)-012-6845884
Abg Zuki (Serama Corp)-013-3171999
Abang Azmi(Serama Melaka) -010-2645269
En.Farid (Serama Terengganu) -019-9000494.
Terima Kasih

Serama pembaka untuk dijual







Salam kawan2,ada sahabat yang ingin saya menjualkan 8 ekor ayam serama beliau,3 ekor jantan dan 5 ekor betina,harga untuk jantan ialah RM500 dan betina ialah RM300,ini adalah harga promosi untuk sekarang je.jika ada yang berminat boleh la menghubungi saya Abdul Rahman bin Yaacob di talian 0126845884,terima kasih

Thursday, January 12, 2012

Pameran Kecantikkan Serama Di Melaka 29.01.2012

Salam Kawan-kawan,

Penganjur yang terdiri dari Abg Zuki Serama Malaysia dan Kelab Peminat serama Melaka dengan ini ingin mengadakan satu pameran kesenian dan kecantikkan ayam serama
Tarikh :29.01.2012 (Ahad)

Pameran ini adalah sebagai tapak(Platform) untuk mempromosikan ayam serama kita bagi menentukan kedudukannya dari segi kecantikkan dan kesenian,insyallah semoga dgn adanya platform ini dapat la kita mendapat sedikit keseronokkan dan pendapatan dengan ayam serama yang dikurniakan Allah kepada kita,kami telah menjemput para juri dari PERKASA untuk memberi penilaian untuk menentukan ayam serama yang cantik (bergaya dan asesori) mengikut kategori yang telah pihak penganjur tetapkan iaitu :

Serama A - 350gram ke bawah
Serama B - 351gram ~ 500gram
Serama Muda
Serama Remaja
Serama Tanpa Lawi
Serama Betina Induk
Serama anak A (100 gram dan kebawah)dgn ciri2 anak A
Serama anak B (101 gram ~ 150 Gram)dgn ciri2 anak B

Lokasi :Bekas tapak Peacock Paradise,durian tunggal Melaka (sepatutnya selepas bayar je tol ayer Keroh terus belok ke kanan,tapi disebabkan simpang tu dah tutup,kawan2 kena naik fly over dan turun balik ke jalan sebelah ataupun buat u turn.

Sekiranya para peserta pameran ingin ayam-ayam serama mereka dinilai kecantikkanya oleh para juri, pihak penganjur juga telah mememutuskan untuk memunggut sumbangan sebanyak RM30 bagi seekor ayam dari peserta .(Pihak penganjur berharap sumbangan RM30 ini tidak membebankan peserta pameran),jika ada cadangan sila sms atau call saya.

Pihak pengajur juga amat berbesar hati untuk memberi sedikit saguhati kepada ayam2 serama yang ingin menyertai pameran ini mengikut kecantikkan dan keseniannya sebagaimana yang telah ditetapkan kriterianya oleh para juri seperti dibawah :

Ayam serama tercantik (Gaya dan asesorinya) - RM150 dan piala bagi setiap kategori.
Ayam serama kedua cantik (Gaya dan asesorinya)-RM100 bagi setiap kategori
Ayam serama ketiga cantik (Gaya dan asesorinya)-RM80 bagi setiap kategori
Saguhati yang lain adalah mengikut budi bicara pihak penganjur dengan kadar berapa ekor ayam yang menyertai pameran ini mengikut kategori.

Saguhati yang tidak seberapa diberikan diatas ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan para peminat serama yang datang ke pameran ini termasuklah dari segi kos pengangkutan,kos makanan dan pergorbanan masa.

Terima kasih di ucapkan pada semua kawan2 peminat serama yang bakal menyertai pameran ini,terima kasih juga untuk penganjur bersama iaitu abang zuki serama Malaysia.

Segala pertanyaan mengenai pameran ini bolehlah menghubungi
Rahman Lang Persona -012-6845884
En.Hulul Azmi - 010-2645269
En.Khalid - 016-6654929
En.Zuki serama Malaysia -013-3171999

Thursday, January 5, 2012

Keputusan Bon Melaka 25.12.2011

Salam kawan2,di bawah ni adalah keputusan bagi pameran kesenian dan kecantikkan serama di Durian Tunggal Melaka pada 25.12.2011

Serama A
1) Abg Lee Pauh Lima (KB)
2) Mie Dungun
3) Abg Khalid Melaka

Serama B
1) Awie Ikan (KB)
2) SI3000 (N.Smblan)
3) Din Buah (Sri kenali) -KB

Serama Muda
1) Nizam RC -KL
2)Che Pok (KB)
3) Adillah Farm (Palembang)

Remaja
1) Hairi Sik (Kedah)
2) Pok Jang Teluk mas (Melaka)
3) Iwan Parit samijan -Batu Pahat

Tanpa Lawi
1) Zahri Sungai Ramal -Kajang
2) Hairi Sik -Kedah
3) Si 3000 (N.Sembilan)

Induk Betina
1) Mat Zie Serama Mesra Dungun
2) Hatta Raja Kubing -KL
3) Mat Zie Serama Mesra -Dungun

Serama Anak A
1) Zahri Pendang Kedah
2) Hatta Raja Kubing -KL
3) Nor Azam Sri Kota -Kulai Johor

SErama Anak B
1) John Benoot (Serama Belgium)
2) Adilah serama Farm -Palembang
3) John Benoot (Serama Belgium)

BOTB -SErama Tanpa Lawi

Terima Kasih
Abd Rahman (Lang Persona)
Serama Melaka
012-6845884