Wednesday, May 22, 2013

Lang Sewah dan Sijil pembakaan (Certificate Of Pedigree)

Salam kawan,da lama rasanya tak cerita pasal baka LANG ni,sebenarnya saya masih meneruskan kacukkan ayam serama dari baka lang,sambil tu saya ada jugak buat outcrossing dengan baka lain kemudian inbreed semula dengan baka lang...akhirnya saya dapat seekor anak hasil dari projek tu yang sana namakan "LANG SEWAH" mengambil sempena nama salah satu species burung lang yang bersaiz kecil tapi amat digeruni oleh para pemikat burung terkukur...

Saya juga telah membuat sijil pembakaan(Certificate Of Pedigree) untuk lang sewah ni...ada org tanya apa yang perlu sangat dibuat sijil ni,pada saya secara basicnya ianya adalah penukaran info lisan kepada info bertulis,Breeder serama selalunya akan bercakap tentang kacukkan yang mereka buat atas seseekor ayam,bapak dia baka ni lah....mak dia baka ni lah....atuk dia baka ni lah...so baik cakap2 mulut tu kita tukarkan kepada info bertulis...Sijil ni memudahkan penjual dan jugak pembeli.

Sekian dulu buat masa ni...
Abdul Rahman Bin Yaacob
Serama Persona
(Pengasas Baka Lang)
012-6845884)