Thursday, December 2, 2010

Lang Tepeng (The Great Warrior)

Inilah dia Lang Tepeng..Lang Tepeng ni adalah anak kepada Lang cemeh iaituadik beradik kepada Lang Persona,Semua ni adalah hasil adunan asli Baka Lang Persona yang dihasilkan oleh sahabat saya saudara Azizi Seremban dan ayahnya....Lang bagan dan betina2 muda yang gambar dan ceritanya saya upload sebelum ni adalah anak2 kepada Lang Tepeng

Betina Baka asli Lang Persona 2


Ini jgk anak kepada Lang Tepeng...mudah2an boleh menghasilkan anak2 yang cantik dan mengekalkan susur galur baka Lang Persona.

Betina darah asli Lang Persona 1


Ini adalah betina muda adunan asli baka Lang Persona....Betina muda ni adalah anak kepada Lang Tepeng,Lang bagan juga anak kepada Lang Tepeng....Tahniah kepada saudara Azizi Seremban dan ayahnya kerana dengan ketabahan mereka berdua mengekalkan dan mengadunkan adunan asli baka lang persona maka mereka dah banyak menghasilkan ayam2 hebat dari baka Lang Persona.....

Lang Bagan


Lang Bagan ni adalah salah seekor adunan asli Baka "Lang Persona"yang boleh di banggakan,khabarnya dapat top 5 kategori Serama A di pertandingan Bon besar di KL 27.11.2010,pemiliknya saudara Azizi dari seremban adalah peminat setia baka Lang Persona yang terawal menghidu baka lang persona bakal di kenali di kalangan peminat serama di Malaysia.

Tuesday, October 19, 2010

Majlis Perkahwinan Amir Penang

Salam kawan2 peminat serama yang mengenali sahabat kita di Pulau Pinang Saudara Amir Zayyani atau lebih di kenali dgn amir penang (Pemilik blog serama penang) menjemput kita semua ke majlis perkahwinan beliau seperti dibawah :

Tarikh : 31.10.2010 (Ahad)
Masa : 12.00pm ~ 5.00pm
Lokasi : Setia Pearl Island country club Bayan lepas (Bersebelahan kompleks tabunh haji).

Kehadiran kawan2 semua diharap dapatlah memeriahkan lagi majlis tersebut.

Terima Kasih

Friday, September 17, 2010

dewi beras adik beradik


ini pulak adalah gambar dewi beras,kedua2nya anak kepada Lang Persona

lang mutiara

Lang mutiara adalah anak kepada lang Persona,sekarang ni menjadi hak milik seorang peminat serama di Penang...semoga dapat hasilkan anak2 yang boleh dibanggakan

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Assalamulaikum semua peminat2 serama di seluruh Malaysia,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada kawan2 semua dan menyusun sepuluh jari untuk meminta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita dalam dunia serama ni ada kata2 dan perbuatan saya yang menyinggung dan menyakiti hati kawan2...mana2 yang saya terlepas cakap belakang pun saya mintak maaf jugak,maklum la sekarang ni cakap belakang tak baik terhadap orang lain(Mengumpat) org kita dah anggap mcm borak2 biasa padahal ianya hanya boleh di maafkan oleh orang yang kita umpat je,Allah pun tak boleh maafkan kesalahan dan kesilapan kita sesama manusia,dosa dg Allah kita boleh minta ampun kepadaNYA...sama2 la saya mengigatkan diri saya sendiri dan kawan2 dalam ini.

Kepada yang memandu balik kampung saya doakan keselamatan kawan2 dan berhati2 memandu.

Tahun ni saya beraya di Tanjung Piai Pontian (Kampung asal abah saya).

Yang Memohon kemaafan
Abd.Rahman
(SErama Melaka)
Lang Persona
012-3874898

Tuesday, August 10, 2010

Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa

Angin Ramadhan dah pun terasa.. seronok tak terkata.. sana sini dah terdengar ucap selamat menyambut kedatangan RAMADHAN AL'MUBARAK.. kat masjid pun suasana dah berubah.. hati berdebar gembira.. :)KEPADA SEMUA .. AMPUN DAN MAAF DIMINTA.. SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA..semoga Ramadhan tahun ini menyuntik lebih banyak hidayah dan kita kekal mengamalkannya sesudah itu..aminTiada hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan..Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa untuk semua peminat2 serama seluruh Malaysia

Monday, May 17, 2010

Pertandingan Serama di Melaka (di karnival sempena SUKMA) UPDATED

Salam kawan2 peminat serama seluruh malaysia,di bawah ini saya uptade kan dulu hadiah2 setiap kategori,cabutan bertuah dan cabutan bonanza untuk pertandingan Serama di SUKMA 19.06.2010 nanti,hadiah2 yang saya update kat bawah ni adalah dari hasil Kelab serama Melaka sendiri dan JAZA Global Network,Kami berusaha untuk mengajurkan pertandingan yang memuaskan hati semua peminat serama sejati di seluruh Malaysia dan di akhir pertandingan nanti pihak penganjur tidak pening kepala kerana menangung kerugian ,insyallah banyak lagi hadiah untuk cabutan bertuah dan bonaza akan di tambah oleh sponsor2 yang sudi menyumbangkan hadiah untuk memeriahkan lagi,di pertandingan ini juga kami ingin memulakan kembali sistem anjuran pertandingan dulu yang lebih berkonsep WIN WIN....semakin ramai peserta yang menyertai setiap pertandingan yang di anjurkan semakin bertambah lah hadiah cabutan bonanza yang bakal di beri oleh pengajur,bersama-sama lah kita membantu dan faham supaya penganjur akan terus boleh dan mampu untuk mengajurkan pertandingan serama.

Tarikh : 19.06.2010

Tempat : MITC,Ayer Keroh Melaka

Yuran Penyertaan : RM40

Johan setiap kategori - RM 250 + piala atau sijil
Tempat ke 2 - RM 200 + sijil
Tempat ke 3 - RM 150 + sijil
Tempat Ke 4 -RM100
Tempat ke 5 - RM 50

Hadiah saguhati :Barangan harian (30% drp jumlah ayam bagi setiap kategori)

Juara antra Juara - RM100 + Piala

Cabutan Bertuah
Barangan Letrik,Minyak wangi (Anugerah),Hamper,Sandle CROC Original,Garam Bukit,insayallah akan ada tambahan lagi.

Cabutan Bonanza Jika ayam mencapai 250 ekor
TV Plasma 32" jenama PHILLIP
Makanan kesihatan (Sarang burung layang2 ) Bernilai RM138/kotak -sebanyak 5 kotak
Wang tunai -RM100 x 10 orang peserta

Jika penyertaan mencapai 300 ekor hadiah Bonanza wang tunai akan ditambah lagi RM 100 x 20 orang

Jika ada tambahan hadiah cabutan bertuah atau bonaza saya akan maklumkan nanti.

terima kasih
Rahman Serama Melaka
012-3874898

Monday, May 3, 2010

Pertandingan Serama di Melaka (di karnival sempena SUKMA)

Salam kawan2 peminat serama seluruh Malaysia,satu pertandingan kesenenian dan kecantikkan serama akan dianjurkan di Melaka pada 19.06.2010 sempena Sukan Malaysia (SUKMA ke-13),Pertandingan ini akan di adakan di perkarangan MITC,Air Keroh,Melaka,disitu ada di adakan Karnival "Melaka Night City" sempena SUKMA,selain dari pertandingan serama ada beberapa aktiviti lain yang diadakan di karnival ini yang pastinya menarik ramai pengunjung,antara aktivitinya ialah pameran kereta dan motor,pertandingan ratu kebaya,pertandingan karaoke dll.Diharap peminat2 serama dapat hadir untuk memeriahkan lagi pertandigan ini...maklulmat lanjut mengenai pertandingan akan saya wawarkan nanti...

Segala pertanyaan bolehlah hubungi saya
Rahman
012-3874898

Sunday, April 11, 2010

Pertandingan Serama Di Alor Gajah,Melaka (Pembetulan Yuran dan Hadiah)

Salam semua peminat serama,kami dari kelab peminat serama Alor Gajah Melaka ingin menjemput semua peminat serama di pertandingan serama yang bakal dianjurkan seperti di bawah:

Tarikh : 09.05.2010 (Ahad)
Masa : Bermula dari 9.00 pagi
Tempat : Balai Raya Taman Naning Simpang 4,Alor Gajah,Melaka
Yuran : RM25 (REVISED)
Hadiah
Johan ~ Tempat Ke 5- wang tunai (REVISED)
(Hadiah wang tunai adalah berdasarkan 30% drp jumlah aym bagi setiap kategori)

Juara antra juara -Barangan letrik

Cabutan Bertuah -Barangan Letrik dan barangan keperluan rumah
Maaf kerana kesuntukkan masa,individu yang nak sponsor Piala bgtau yang tidak sempat untk sponsor piala,jadi saya kurangkan yuran daripada RM30 kpd RM 25
Segala pertanyaan lanjut sila hubungi saya
Abdul Rahman (012-3874898)

Terima Kasih

Wednesday, April 7, 2010

Anak2 untuk dijual


Ini adalah anak2 serama untuk dijual....tpi anak2 ni bukan lah dari baka Lang Persona...anak2 ni adalah hasil kacukan baka elok dari kelantan, terengganu dan Melaka...anak2 ni adalah hasil dari reban seorang sahabat saya di melaka...harga seekor RM250(Boleh dirunding)

Lang Jaguh Masa Remaja


Ini pulak adalah gambar terbaru Lang Jaguh Remaja nk masuk muda...tgh salin bulu.....semakin tarik dan bergaya

Lang Jaguh masa anak B


Ini adalah gambar Lang Jaguh masa anak B,Lang jaguh ni adik bradik seibu dgn Lang Puchong

lagi gambar terkini Lang Setia


Lang Setia Terkini


Ini adalah gambar terbaru Lang Setia yang di postkan oleh pemilik terkini di melaka,Lang setia telah pun bergelar BOTB di pertandingan di Batu Pahat yang lepas.....nampaknya dia telah mengikut jejak Bapaknya Lang Persona dan abangnya yang berlainan ibu iaitu Lang Puchong...tahniah kepada pemiliknya

Monday, January 18, 2010

Lang Bara


Ini gambar terbaru anak lang Persona iaitu Lang Bara...dgr kata dari tuan barunya....walaupun baru dalam anak B dah ada yang berminat dan offer hingga 1k....tapi tuan baru dia terlalu sayang kat lang bara ni yang mempunyai tubuh yang sangat cantik dan amat bergaya di atas meja

Lang Bara dan Lang Ara


Alhamdulillah.....2 ekor lagi anak Lang persona nampaknya bakal mengganas di bon...anak2 tersebut adalah adik satu ibu dengan Lang Setia iaitu Lang Bara (Warna Winston) dan Lang Ara(Warna Ara).....keduanya adalah satu tetasan....Lang Bara sekarang ni milik sahabat saya zizi seremban dan Lang Ara pulak ada di tangan saya,Lang ara saya simpan untuk di jadikan bapak backup untukLang Persona.....

Monday, January 11, 2010

Produk-produk Persona serama farm

Yang ni pulak adalah 2 produk Persona Serama Farm...yang dalam balang bertutup merah tu adalah makanan serama bermutu tinggi yang saya namakan "Special Persona",saya adunkan makan tersebut khas untuk ayam2 serama yang diletakkan seekor2 untuk bertanding,bahan asas makan tersebut adalah dari bijirin biasa untuk ayam dan saya campurkan multivitamin dan mineral.

Antara kelebihan Special Persona adalah :
1) Ayam tidak menjadi gemuk
2)Ayam lebih galak
3)Najis kering dan kurang berbau
4) Bulu ayam serama lebih berkilat

Special Persona seeloknya di beri seiringan dgn satu lagi produk Persona Serama Farm Iaitu "Persona Power Drop"(PPD),yang botol nya macam eyemo tu....
Saya telah mengunakan PPD ni hampir 2 tahun sebelum di komersialkan,dan baru seminggu di pasarkan ianya telah mendapat respon yang baik dari pembeli,antara khasiat PPD ialah:
1) Ayam lebih galak,balung lebih merah
2) melindungi ayam dari terlalu mudah dijangkiti penyakit
3)Ubat untuk ayam yang nampak pucat
4)Boleh membantu memulihkan ayam betina yang bertelur lembik
PPD juga mudah digunakan,boleh dititis terus kedalam mulut ayam atau campur dgn air mnuman.
Sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh la hubungi saya:
Rahman Lang Persona
012-3874898

Lang setia Terkini

Ini adalah gambar lang setia yang baru diambil dalam minggu lepas,senyum memanjang tuan dia bila bawak lang setia ke rumah saya...alhamdulilah nampak mcm boleh pakai lang setia ni.....

Lang Setia


Ini pulak adalah gambar Lang Setia masa anak B,anak kepada lang Persona jugak tapi ibu lain,sekarang ni jadi hak mutlak saudara midi melaka,dia bli ayam ni masa umur 2 hari...alhamdulilah usaha saudara midi ni nampaknya tidak sia2 rasanya


Inilah dia Lang Puchong,anak kepada Lang Persona,kepunyaan Cikgu zaid,Lang puchong ni telah menjadi johan di beberapa pertandingan dan pernah menjadi Juara antara Juara di KL

Friday, January 8, 2010

Lang Puchong

Lang Puchong adalah anak kepada Lang Persona yang boleh la dikatakan paling menonjol setakat ni..pernah menjadi johan kategori A dan Juara antara juara di pertandingan bulan oct 2009 di kl