Thursday, September 29, 2011

Pertandingan Serama Di Melaka 29.10.2011

Salam kawan-kawan semua,
Insyallah satu pertandingan serama bakal kami anjurkan di Melaka sempena hari peladang 2011,apa2 berita terkini tentang pertandingan tersebut akan kami maklumkan kerana kami hanya masih berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Melaka mengenai hadiah,
Tarikh : 29.10.2011 (Sabtu)
Tempat :Dataran Sejarah,Melaka (Bersebelahan dengan zoo melaka)

Terima Kasih,
Abdul Rahman (Lang Persona)
Kelab Peminat Serama Negeri Melaka
012-6845884

Thursday, September 15, 2011

Ciri-ciri dan warna serama betina dari Bloodline LANG

Salam kawan-kawan peminat serama semua,


Harini saya nak tulis sikit tentang ciri-ciri serama betina dari Bloodline "LANG",

Warna
1) "BERAS" iaitu warna asas putih dengan sedikit warna hitam di hujung bulu ekor dan bulu kepak dan kadang-kadang ada sedikit jalur-jalur hitam atau kelabu di bahagian belakang badan.

2) Coklat cair (Pink base),warna asas coklat cair dengan sedikit bayangan warna merah jambu di celah-celah bulunya.

3) Coklat pekat.

Balung
Bilah balung yang halus

Kaki
Kaki bersaiz sederhana dengan warna putih,kuning dan hijau.

Ekor
Bukaan ekor yang sederhana,tidak terlalu kuncup dan terlalu kembang,

Tengkuk
Tengkuk yang halus dan panjang.

Sekian dulu buat masa ini,maaf masa tak mengizinkan,nanti saya sambung lagi cerita dan info tentang Bloodline "LANG"

Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

Sunday, September 11, 2011

Pertandingan Serama Di Alor Gajah,Melaka 25.09.2011

Salam kawan-kawan peminat serama semua,

Kami dari kelab peminat serama negeri melaka ingin menjemput semua kawan-kawan ke pertandingan serama bon kecik (Bon panas badan) yang bakal kami anjurkan seperti di bawah

Tarikh : 25.09.2011 (Ahad)

Lokasi : Warung Midi,Tanjung minyak (kalau ada perubahan nanti kami akan bgtau )

Kategori
Serama A
Serama B
Serama muda
Serama Remaja
Serama Tanpa Lawi
Serama Betina (Induk)
Serama anak A
Serama anak B

Yuran
RM25 atau RM30 (mengikut sambutan semasa pertandingan nanti).

Hadiah
Wang tunai (30% drp jumlah ayam bagi setiap kategori)

Cabutan bertuah dan hadiah untuk juara antara juara di sediakan.

Terima Kasih
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884