Sunday, June 2, 2013

Koleksi keratan akhbar mengenai AYAM SERAMA dulu-dulu

Salam kawan-kawan ,kebetulan semalam baru selongkar balik kotak-kotak yang berisi khazanah yang berkenaan serama,terjumpa pulak keratan-kertan akhbar mengenai serama yang saya simpan untuk koleksi saya,jadinya saya post la kat sini untuk tatapan kawan-kawan,jika ada juga yang mengumpul keratan akhbar serama mcni ,boleh la share atau nak jual kat saya pun ok jugak (yang saya xda la).

Nanti ada masa saya uploadkan yang baru-baru pulak.

Sekian untuk waktu,
Terima kasih
Abdul Rahman Bin Yaacob
Serama Persona
(012-6845884)












Wednesday, May 22, 2013

Lang Sewah dan Sijil pembakaan (Certificate Of Pedigree)

Salam kawan,da lama rasanya tak cerita pasal baka LANG ni,sebenarnya saya masih meneruskan kacukkan ayam serama dari baka lang,sambil tu saya ada jugak buat outcrossing dengan baka lain kemudian inbreed semula dengan baka lang...akhirnya saya dapat seekor anak hasil dari projek tu yang sana namakan "LANG SEWAH" mengambil sempena nama salah satu species burung lang yang bersaiz kecil tapi amat digeruni oleh para pemikat burung terkukur...

Saya juga telah membuat sijil pembakaan(Certificate Of Pedigree) untuk lang sewah ni...ada org tanya apa yang perlu sangat dibuat sijil ni,pada saya secara basicnya ianya adalah penukaran info lisan kepada info bertulis,Breeder serama selalunya akan bercakap tentang kacukkan yang mereka buat atas seseekor ayam,bapak dia baka ni lah....mak dia baka ni lah....atuk dia baka ni lah...so baik cakap2 mulut tu kita tukarkan kepada info bertulis...Sijil ni memudahkan penjual dan jugak pembeli.

Sekian dulu buat masa ni...
Abdul Rahman Bin Yaacob
Serama Persona
(Pengasas Baka Lang)
012-6845884)