Thursday, May 12, 2011

Lang "KB" menyengat


Ini adalah anak Lang Persona terbaru yang telah di sunting oleh seorang peminat serama dari Kota Bahru,Kelantan masa anak A....tengok macam ada bakat anak Lang persona ni....mudah2an berjasa la dia kat tuan barunya.....aminn

Lang "KB"


Gambar Lang "KB" lagi.........

Tuesday, May 3, 2011

Pertandingan Serama Gunung Ledang,muar Johor

Salam kawan-kawan peminat serama,
Kami ingin menjemput kawan-kawan ke pertandingan Kesenian serama sempena Festival Kesenian Negeri Johor 2011 yang akan diadakan seperti dibawah :

Ajuran : Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Negeri Johor
Kelab Peminat Ayam Serama Daerah Muar / Ledang
Kerjasama : Kelab Peminat Ayam Serama Negeri Melaka.

Lokasi : Dataran Resort Gunung Ledang,Tangkak,Johor

Tarikh : 14 Mei 2011 (Sabtu)

Masa : Bermula dari pukul 9.00 pagi

Kategori
Serama A (Bawah 350gram)
Serama B (351 gram ke atas)
Serama Muda (Ciri-ciri muda)
Serama Remaja (Ciri-ciri remaja)
Serama Tanpa Lawi
Serama Betina (Induk)
Serama anak A (110 gram ke bawah/ ciri2 anak A)
Serama anak B (111 gram ~ 150 gram/ciri2 anak B)

Yuran : RM 30

Hadiah Bagi setiap kategori
Johan - RM150 + Piala + sijil
Tempat ke-2 - RM100 + Pila + sijil
Tempat Ke-3 - Rm 80 + Piala + sijil
Tempat Ke-4 ~10 - Rm20 + Piala + sijil

Juara antara juara - RM200 + Piala

Cabutan Bertuah
Sebuah Basikal
10 Barangan Elektrik
40 Hamper

Harap kawan-kawan dapat datang dan daftar awal kerana apa yang diberitahu kepada saya,Menteri Penerangan,komunikasi dan kebudayaan iaitu Dato Rais Yatim akan sampai di lokasi pertandingan pada pukul 12.00 tengahari untuk menyampaikan hadiah.

Syarat -syarat
1) Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan,kecederaan dan kematian ayam.
2) Seekor ayam hanya dibenarkan di daftarkan sekali sahaja,jika terbukti seekor ayam mendaftar lebih dari sekali,penyertaan kali ke2 akan terbatal dan yuran tidak akan di kembalikan)
3) Semua ayam mesti berada di dalam sangkar kecuali kategori anak A dan anak B.
4) Keputusan Pengadil adalah muktamad,jika ada apa2 bantahan sila ajukan kepada urusetia dengan wang bantahan sebanyak RM100.

Segala Pertanyaan bolehlah hubungi saya
Abdul Rahman Bin Yaacob (Serama Melaka) -012-3874898
Atau
En.Kojai (Kelab peminat Serama Muar / ledang Johor) -0196868905

Terima Kasih........

Sunday, March 20, 2011

cucu -cucu lang persona (Anak Lang Impian)





Ini dalah gambar2 cucu2 lang persona yang bapaknya adalah lang impian,Lang impian ni sebenarnya dah bertukar tangan oleh peminat batu pahat sebanyak 2 kali,dengar katanya harga terakhir lang impian adalah 2K.....Minggu lepas tuan terkini Lang impian telah menghantar beberapa ekor anak Lang impian ni ke rumah saya untuk di jual...mengikut tuannya Lang impian telah pun di kahwinkan semula dgn anaknya sendiri dan ibu dari baka tersohor terengganu termasuk la ibu darah kuning dan tok uban...saya hanya semapt ambik beberapa gambar anak Lang impian untuk di upload....

anak-anak lang persona terkini




Ini pulak adalah gambar terkini anak-anak lang persona yang semuanya satu ibu dengan lang setia,lang ara,lang bara dan lang sejati

anak cucu lang persona


Ini adalah gambar anak cucu lang persona,Lang persona saya telah kahwinkan semula dgn anak betinanya iaitu dewi salju....dapat anak seekor je...tak tau la nanti dah besar jadi macamna...belunjur ataupun tarik....kita tengok jela nanti

Tuesday, February 22, 2011

Baka Lang masih menyengat

Salam Kawan-kawan peminat serama,alhamdulilah setelah 2 tahun lebih umur Lang Persona,nampaknya ia masih gagah untuk menghasilkan anak2 yang alhamdulilah boleh di banggakan,yang terbaru ialah Lang sejati (Gambar ada kat blog budak-budak samijan) ataupun dalam dalam blog seramapos (kat blog seramapos ni Lang sejati pakai nama samaran iaitu"Remaja gemilang"....tak kurang jugak anak2 Lang persona yang juga telah berjaya menghasilkan anak2 yang boleh di banggakan contohnya "Langsi" dalam blog sahabat saya iaiti Serama BR7 dan juga anak2 baka lang dari reban saudara Midi dari Melaka.Adik beradik Lang persona pun alhamdulilah berjaya menghasilkan anak2 dan keturunan yang elok contohnya...Lang tepeng dan beberapa "lang" lagi di reban saudara zizi seremban...saya baru je pegi melawat reban saudara zizi dan tgk live lang tepeng....katanya peminat kedah dah offer 2.5K....tahniah saudara zizi....ini semua adalah hasil dari sokongan dan tunjuk ajar dari semua kawan2......Terima Kasih semua....Insayallah jumpa di KL 26 hb ni.

Yang masih memerlukan tunjuk ajar
Rahman Lang Persona
012-3874898