Friday, June 22, 2012

AL-FATIHAH buat arwah Cikgu Din Klang

Salam kawan-kawan peminat serama semua,
Mungkin ramai yang dah tau yang pagi semalam (Jumaat) kita telah dikejutkan dgn berita kembalinya seeorang peminat tegar dalam hobi ayam serama iaitu Cikgu din Klang,semoga roh arwah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh2 orang yang beriman,
Arwah adalah seerang kawan yang baik,peramah,lemah-lembut dan selalu tersenyum,arwah adalah penyokong kuat pertandingan serama di Melaka,boleh dikatakan setiap kali kami anjurkan pertandingan pasti arwah akan datang support,beliau jga rapat dgn saya sebab merupakan salah seorang customer tetap makanan serama special persona saya...seringkali lepas pertandingan di Melaka,arwah akan sms saya memberi sokongan dan pujian mengenai penganjuran pertandingan.Arwah juga sering sms saya mengenai keputusan ayam2 beliau jika pegi bertanding di tempat lain.

Sampai ke harini saya masih teringat2 kali terakhir berjumpa arwah di Klang pada 04.06.2012 yang lepas sebab anta makanan serama yang beliau tempah,sempat jugak arwah belanja saya makan di restoran mamak,seronok betul arwah bercerita pasal anak ayam dia yang dapat tempat terbaik di Gopeng,

Wlu apapun Allah lebih menyanyangi arwah,kita sama2 berdoa yang baik untuk arwah,

Abdul Rahman (Lang Persona)
Serama Melaka
012-6842558

No comments:

Post a Comment