Thursday, September 15, 2011

Ciri-ciri dan warna serama betina dari Bloodline LANG

Salam kawan-kawan peminat serama semua,


Harini saya nak tulis sikit tentang ciri-ciri serama betina dari Bloodline "LANG",

Warna
1) "BERAS" iaitu warna asas putih dengan sedikit warna hitam di hujung bulu ekor dan bulu kepak dan kadang-kadang ada sedikit jalur-jalur hitam atau kelabu di bahagian belakang badan.

2) Coklat cair (Pink base),warna asas coklat cair dengan sedikit bayangan warna merah jambu di celah-celah bulunya.

3) Coklat pekat.

Balung
Bilah balung yang halus

Kaki
Kaki bersaiz sederhana dengan warna putih,kuning dan hijau.

Ekor
Bukaan ekor yang sederhana,tidak terlalu kuncup dan terlalu kembang,

Tengkuk
Tengkuk yang halus dan panjang.

Sekian dulu buat masa ini,maaf masa tak mengizinkan,nanti saya sambung lagi cerita dan info tentang Bloodline "LANG"

Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

No comments:

Post a Comment