Sunday, December 18, 2011

Pameran kecantikkan Serama Di Melaka 25.12.2011 updated

Salam Kawan-kawan,
Saya ingin update mengenai Pameran kecantikkan dan kesenian ayam serama di melaka pada 25.12.2011 ni(Ahad).

Penganjur yang terdiri dari Abg Zuki Serama Malaysia dan Kelab Peminat serama Melaka dengan ini ingin mengadakan satu pameran kesenian dan kecantikkan ayam serama,pameran ini adalah sebagai tapak(Platform) untuk mempromosikan ayam serama kita bagi menentukan kedudukannya dari segi kecantikkan dan kesenian,insyallah semoga dgn adanya platform ini dapat la kita mendapat sedikit keseronokkan dan pendapatan dengan ayam serama yang dikurniakan Allah kepada kita,kami telah menjemput para juri dari PERKASA untuk memberi penilaian untuk menentukan ayam serama yang cantik (bergaya dan asesori) mengikut kategori yang telah pihak penganjur tetapkan iaitu :

Serama A - 350gram ke bawah
Serama B - 351gram ~ 500gram
Serama Muda
Serama Remaja
Serama Tanpa Lawi
Serama Betina Induk
Serama anak A (100 gram dan kebawah)dgn ciri2 anak A
Serama anak B (101 gram ~ 150 Gram)dgn ciri2 anak B

Lokasi :Bekas tapak Peacock Paradise,durian tunggal Melaka (sepatutnya selepas bayar je tol ayer Keroh terus belok ke kanan,tapi disebabkan simpang tu dah tutup,kawan2 kena naik fly over dan turun balik ke jalan sebelah ataupun buat u turn.

Pihak penganjur juga telah mememutuskan untuk memunggut sumbangan sebanyak RM30 bagi seekor ayam yang ingin dipamerkan dan diadili kecantikkannya.(Pihak penganjur berharap sumbangan RM30 ini tidak membebankan peserta pameran),jika ada cadangan sila sms atau call saya.

Pihak pengajur juga amat berbesar hati untuk memberi sedikit saguhati kepada ayam2 serama yang ingin menyertai pameran ini mengikut kecantikkan dan keseniannya sebagaimana yang telah ditetapkan kriterianya oleh para juri seperti dibawah :

Ayam serama tercantik (Gaya dan asesorinya) - RM150 dan piala bagi setiap kategori.
Ayam serama kedua cantik (Gaya dan asesorinya)-RM100 bagi setiap kategori
Ayam serama ketiga cantik (Gaya dan asesorinya)-RM80 bagi setiap kategori
Saguhati yang lain adalah mengikut budi bicara pihak penganjur dengan kadar berapa ekor ayam yang menyertai pameran ini mengikut kategori.

Saguhati yang tidak seberapa diberikan diatas ini diharap dapat meringankan sedikit bebanan para peminat serama yang datang ke pameran ini termasuklah dari segi kos pengangkutan,kos makanan dan pergorbanan masa.

Terima kasih di ucapkan pada semua kawan2 peminat serama yang bakal menyertai pameran ini,terima kasih juga untuk penganjur bersama iaitu abang zuki serama Malaysia,kawan kita En.Farid (Serama Melaka) yang menyumbangkan piala dan bersusah payah untuk mendapatkan penaja.
Terima Kasih juga untuk penaja iaitu Kementerian Pelancongan Malaysia (Melaka),Majlis Perbandaran Alor Gajah Melaka (MPAG) dan lain-lain penaja.

Segala pertanyaan mengenai pameran ini bolehlah menghubungi
Rahman Lang Persona -012-6845884
En.Hulul Azmi - 010-2645269
En.Khalid - 016-6654929
En.Zuki serama Malaysia -013-3171999

Thursday, December 1, 2011

Pertandingan Serama di Melaka 25.12.2011

Salam kawan2....Alhamdulilah setelah hampir 4 hari berbincang dengan ahli-ahli kelab serama melaka dan Abg Zuki (Serama Malaysia) mengenai pertandingan dan kerisauan kami mengenai unsur judi dalam pertandingan akhirnya abang zuki bersetuju untuk sponsor pertandingan serama yang bakal diadakan di Melaka pada 25.12.2011 ni dan akan Zuki memberi jaminan pada saya yang wang pendaftaran tidak akan di gunakan sebagai Hadiah semasa pertandingan nanti..

Saya dengan ini menjemput kawan2 peminat serama semua untuk menghadirkan diri dipertandingan kesenian dan kecantikkan serama di melaka pada 25.12.2011 ini,bertempat di Durian tunggal melaka (Lebih kurang 5 minit je dari tol ayer keoh),tentang hadiah tu nanti saya akan bagitau sebab budget pertandingan tu akan saya serahkan pada Abg Zuki secepat yang mungkin.

Saya war-warkan dulu dadalah untuk lock tarikh dan persiapan awal kawan2 menyediakan senjata masing2 untuk pertandingan ini Insyallah.



Terima Kasih
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884