Tuesday, April 17, 2012

Updated Pertandingan / pameran Serama di Melaka -29.04.2012

Salam Kawan2 peminat serama,
Saya nak update pasal pertandingan serama bon kecil yang bakal kami dari kelab peminat serama Melaka anjurkan pada 29.04.2012 nanti.

*Adalah diharap para peserta pertandingan nanti memahami bahawa pertandingan atau pameran kecantikkan serama ini adalah satu platform untuk para peminat serama mempamerkan kecantikkan dan kesenian ayam serama mereka dan tempat mempromosi ayam2 serama bagi tujuan mempertingkatkan kualiti serama kita dan tambahan pendapatan.Disini jugalah kita dapat bertemu rakan2 kita bagi tujuan megeratkan silaturahim insyallah.

*Adalah di maklumkan bahawa yuran penyertaan RM25 untuk seekor ayam serama yang dikenakan kepada para peserta yang ingin menyertai pertandingan itu nanti akan digunakan untuk menampung kos2 penyelengaraan untuk menjayakan pertandingan tersebut termasuklah:
1) Tapak pertandigan (Pantai Puteri) -RM150
2) Bayaran Pengadil - RM 250 (untuk 2 orang pengadil Perkasa dari KL atau Melaka)
3) Cabutan Bertuah
4) Hadiah untuk para pemenang dan saguhati.
5) Upah para petugas.
6) Kos pengiklanan pertandingan ( call,sms,FB,Blog dll),
7) Kos alatulis


Tarikh : 29.04.2012 (Ahad)
Lokasi : Pentas,Pantai Puteri,Melaka
Yuran : Rm 25
Kategori : Serama A,Serama B,Serama Muda,Serama Remaja,Tanpa Lawi,Induk (Betina),Anak A dan Anak B.

Hadiah bagi setiap kategori
Johan -RM 80
Tempat Kedua -RM60
Tempat Ketiga -RM50
Saguhati - RM20
Cabutan bertuah - Hamper atau barangan keperluan harian.
BOTB - RM50
(Segala hadiah yang di paparkan diatas adalah boleh diubah oleh penganjur dengan perbincangan dahulu dengan para peserta berdasarkan jumlah ayam yang menyertai pertandingan ini bagi mengelakkan kami yang di amanahkan oleh para peserta untuk menyelengarakan pertandingan ini mengalami kerugian maupun mengambil keutungan hasil dari pertandingan ini nanti).
Segala Pertanyaan bolehlah menghubungi :
En.Hulul Azmi -010-2645269
En.Khalid - 016-6654929
Abd Rahman(Serama Persona) -012-6845884
Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment