Wednesday, November 16, 2011

Gambar Lang Tango di Pertandingan Piala Raja Jogja


Lang tango di meja kedua (membuat aksi mengangkat sebelah kaki) semasa pertandinag pila raja jogja,indonesia,Lang Tango mendapat tempat ketiga ktgri ABS

Lang Tango menganas di Indon


Salam kawan2....saya ingin berkongsi info mengenai salah seekor ayam serama dari Bloodline "LANG" yang menyerlah di Indonesia iaitu Lang Tango,setelah bersusah payah menguruskan penghatarannya,akhirnya Lang Tango sampai jugak dgn selamatnya di Jakarta,mengikut tuan pertamanya disana,belum sempat lang tango menguji nasib di pertandingan pertamanya di Piala Raja di jogja,Indonesia pasa 09.10.2011 dia telah pun disunting oleh tuan keduanya....semasa menyertai pertandigan Pila Raja,Lang Tango telah mendapat tempat ke3 kategori ABS walaupun semasa di Malaysia dia tidak pernah turun bon....dan terbaru ni Lang Tango sekali lagi tidak mengecewakan tuannya dgn mendapat Johan kategori A dan merangkul kejayaan sebagai BOTB di pertandingan di Malang,Indonesia pada 13.11.2011,

Alhamdulilah satu lagi ayam serama dari Bloodline LANG menempa nama mengikut jejak atuk dan bapa sedaranya iatu Lang Persona,Lang Perkasa,Lang Puchong,Lang Setia,Lang Jaguh,Lang Ara,Lang Ledang,Lang stylo dan lain2 lagi....

Terima kasih atas sokongan semua kawan2 dari Malaysia dan Indonesia yang terus menjadi peminat Bloodline LANG

Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

Hukum hadiah dlm pertandingan serama


Salam kawan-kawan peminat serama,
Terlebih dulu saya ingin memohon maaf,tujuan saya menulis info ni bukan lah untuk menunjuk pandai atau terlalu baik,sebagai org islam dan org yang terlibat secara aktif dalam serama saya rasa berkewajipan untuk memberitahu info yang saya dapat dan kawan-kawan yang masih tidak puashati dgn tulisan saya ini boleh la merujuk kepada ahli agama yang sepatutnya.

Petang tadi saya ada bukak radio IKIM,kebetulan masatu ada ustaz yang di undang untuk tajuk judi,bermacam persoalan tentang judi dikupas dalam rancangan tu,apa yang membuat saya sedikit tersentak apabila ustaz tu menyatakan segala bentuk pertandingan yang hadiahnya adalah dari pengumpulan wang pendaftaran adalah dikira sebagai judi termasuklah pertandingan futsal dan lain2.Jadinya selama ini pertadigan serama yang saya anjurkan di Melaka adalah menggunakan kaedah demikian dan saya percaya kebanyakkan pertandingan serama di Malaysia menggunakan kaedah yg sama....

Ustaz tu cakap jika hadiah pertandingan tu di Sponsor oleh pihak ketiga ianya tidak dikira sebagai judi.Rasanya kaedah yang kita gunakan dalam penganjuran pertandingan serama sudah tersasar dari landasan syariat....jadi ada baiknya kita perbetulkan apa yang rasanya kita tersilap.

Sebenarnya dari dulu saya mmg tidak berapa selesa dgn kaedah pemberian hadiah pertandingan serama ni,terutamanya bila wang tunai yang menjadi habuannya,berbeza dari dulu,hadiah adalah berbentuk barang.Kemuncaknya dalam 2~3 harini perasaan was-was dan curiga saya dgn kaedah pemberian hadiah dlm pertandingan serama ni semakin menebal dan akhirnya terjawab petang tadi bila saya mendengar siaran radiao IKIM sementara menunggu anak saya membiaki basikalnya...

Saya harap kawan2 semau dapat fikir2kan dan jika ada yang masih was2,silalah merujuk pasa yang pakar,saya hanya ingin berkongsi info.

Terima kasih,

Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884