Wednesday, November 16, 2011

Hukum hadiah dlm pertandingan serama


Salam kawan-kawan peminat serama,
Terlebih dulu saya ingin memohon maaf,tujuan saya menulis info ni bukan lah untuk menunjuk pandai atau terlalu baik,sebagai org islam dan org yang terlibat secara aktif dalam serama saya rasa berkewajipan untuk memberitahu info yang saya dapat dan kawan-kawan yang masih tidak puashati dgn tulisan saya ini boleh la merujuk kepada ahli agama yang sepatutnya.

Petang tadi saya ada bukak radio IKIM,kebetulan masatu ada ustaz yang di undang untuk tajuk judi,bermacam persoalan tentang judi dikupas dalam rancangan tu,apa yang membuat saya sedikit tersentak apabila ustaz tu menyatakan segala bentuk pertandingan yang hadiahnya adalah dari pengumpulan wang pendaftaran adalah dikira sebagai judi termasuklah pertandingan futsal dan lain2.Jadinya selama ini pertadigan serama yang saya anjurkan di Melaka adalah menggunakan kaedah demikian dan saya percaya kebanyakkan pertandingan serama di Malaysia menggunakan kaedah yg sama....

Ustaz tu cakap jika hadiah pertandingan tu di Sponsor oleh pihak ketiga ianya tidak dikira sebagai judi.Rasanya kaedah yang kita gunakan dalam penganjuran pertandingan serama sudah tersasar dari landasan syariat....jadi ada baiknya kita perbetulkan apa yang rasanya kita tersilap.

Sebenarnya dari dulu saya mmg tidak berapa selesa dgn kaedah pemberian hadiah pertandingan serama ni,terutamanya bila wang tunai yang menjadi habuannya,berbeza dari dulu,hadiah adalah berbentuk barang.Kemuncaknya dalam 2~3 harini perasaan was-was dan curiga saya dgn kaedah pemberian hadiah dlm pertandingan serama ni semakin menebal dan akhirnya terjawab petang tadi bila saya mendengar siaran radiao IKIM sementara menunggu anak saya membiaki basikalnya...

Saya harap kawan2 semau dapat fikir2kan dan jika ada yang masih was2,silalah merujuk pasa yang pakar,saya hanya ingin berkongsi info.

Terima kasih,

Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

1 comment:

  1. a,kum en rahman, bg saya kadang2 yang halal itu bleh jadi haram sebab cara perlaksanaannya... pada pendapat saya jika penganjur ingin menganjurkan sebarang pertandingan, hadiah mestilah disediakan terlebih dahulu, samada wang atau barang...tidak boleh bergantung pd penyertaan, jika pengnjur menjanjikan hadiah 1-10 sekian2..hadiah terbabit mesti disediakan tak kisahlah dari sponsor atau duit sendiri..wang yuran x boleh dijadikan keuntungan semata2... penganjur boleh menjual sesuatu bg mengantikan wang yuran...contoh byr rm20 dpt sangkar atau dedak ayam, so hasil jualan boleh dikira sebagai untung penganjur, lg satu elakkan dari pada penyertaan yg mengharapkan cabutan bertuah sahaja..mcm beli no.ekor la lebih kurang, so ada ayam baru boleh tanding..yg lain tu saya x nampak la boleh jadi haram sebab org yang bertanding bukan mengharapkan nasib semata-mata, produk mesti power baru boleh menang...sekian pendapat saya yg x seberapa.

    ReplyDelete