Sunday, August 21, 2011

Serama Galur "LANG"(LANG BLOODLINE)-Episod 2

Salam kawan-kawan peminat serama semua.


Terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima berbanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi memberi komen dalam tulisan saya mengenai bloodline "LANG" dalam post sebelum ini dan menyokong saya...."TERIMA KASIH".





Ada yang bertanya,jika hanya ada 2 sahaja penternak yang bakal saya berikan sijil penganugerahan sebagai penternak yang berjaya menternak bloodline "LANG" yang asli,bagaimana dengan mereka yang ada serama dari bloodline LANG tapi mengacukkannya dgn serama dari kacukkan lain,adakah mereka masih boleh menggunakan perkataan LANG didepan nama ayam mereka.


JAWAPAN : Pada saya buat masani tiada halangan bagi mereka yang mengunakan sebelah sahaja serama dari bloodline LANG untuk kacukkan mereka untuk menamakan ayam mereka sebagai LANG,cuma darah lang pada serama mereka tinggal 50% sahaja,jadinya anak-anak ayam keluaran kacukkan ini tidak la boleh mendapatkan / memohon untuk mendapatkan "SIJIL KELAHIRAN"(BIRTH CERTIFICATE) dan SIJIL SUSUR GALUR (CERTIFICATE OF PEDIGREE).Hanya anak-anak serama dari bloodline "LANG" yang asli sahaja layak untuk mendapatkan sijil kelahiran dan sijil susur galur ini dari saya.Buat masani saya cuma akan mengeluarkan kedua2 sijil tersebut untuk hasil bloodline LANG dari sebuah reban di Taiping,Perak dan sebuah reban di JOHOR yang dipunyai oleh 3 sahabat (Bakal saya umumkan nanti).

Sekian dulu untu post kali ini,masa tidak megizinkan,nantikan post yang akan datang berkaitan dgn ciri-ciri bloodline lang dan asal-usulnya......

Terima kasih dari:
Rahman Lang Persona
Alor Gajah Melaka,Malaysia,
012-6845884






1 comment: