Wednesday, August 24, 2011

Serama Bloodline "LANG" (Lang line) -episod 3

Salam kawan-kawan semua,
Terlebih dahulu saya ingin menyatakan tentang pembetulan yang saya buat untuk post pertama dan kedua mengenai Serama dari Bloodline LANG ini.Sebelum ni saya tulis baka "LANG" kerana sudah terbiasa dgn sebutan itu dalam dunia serama,tapi setelah saya selidik dan atas nasihat kawan-kawan yang menyokong Bloodline LANG ni,saya terpaksa mengubahnya supaya akan datang peminat-peminat serama tidak keliru.Dibawah ini saya nyatakan satu contoh diaolog supaya kita semua lebih mudah faham :

Ini adalah cerita tentang 2 orang kawan lama yang sama2 meminati binatang peliharaan yang lama tak berjumpa,

Ali : Asalamualikum abu....apa khabar,lama tak dengar berita,apa hobi kau skrg ni?
Abu : Walaikum salam....emmm aku ada hobi baru sekarang ni.
Ali : Wah hobi baru? kau bela apa sekarang ni bu?
Abu : Aku bela ayam la li...
Ali : Ayam????...ayam dari BAKA apa?,,sebright,japanese bantam,cochin...bgtau la bu...
Abu : Hai..itu semua BAKA ayam luar negara la li...aku bela ayam BAKA tempatan..
Ali : pehhhhhh cayala bu...ayam BAKA apa pulak tu?
Abu :Aku sekarang ni bela ayam dari BAKA Serama....
Ali : ohhh....ayam serama...kau bela BLOODLINE apa?
Abu : Aku sekarang ni bela serama dari BLOODLINE "LANG",

Walaupun cerita diatas ni nampak mcm budak-budak dan kelakar tapi bagi saya ini adalah permulaan penting supaya ayam serama kita berada di satu tahap yang tinggi dan di harap cerita diatas dapat memudahkan kawan2 kenapa saya tukarkan ayant BAKA LANG kepada BLOODLINE LANG....ayam serama adalah salah satu dari banyak baka-baka ayam dan LANG adalah boodline dari BAKA tersebut.


Ciri-ciri Bloodline LANG (LANG LINE)
Disini saya nyatakan secara ringkas dulu ciri-ciri ayam serama dari Bloodline saya iaitu Bloodline "LANG" untuk rujukan peminat2 yang sudah ataupun ingin memiliki serama dari Bloodline ini.
Warna
Jantan -
Ara (iatu badan dan berwarna hitam,manakala bulu tengkuk dan bulu pinggang (bulu pedana bewarna merah cair,merah kekuningan dan merah pekat).

Kubing (Iaitu badan dan ekor berwarna coklat atau coklat kemerahan manakala bulu tengkuk dan bulu pinggang(bulu pedana) berwarna kuning ataupun sama warnanya dengan warna badan dan ekor.

Hanya 2 warna ini sahaja adalah warna seraama jantan bagi bloodline LANG yang asli.

Sekian sahaja buat masa ini,naanti saya samung untuk warna betina dan ciri-ciri asli lain Bloodline LANG,

Terima Kasih
Rahman Lang Persona
Alor Gajah Melaka,Malaysia
012-6845884




1 comment: