Friday, August 19, 2011

Serama Galur "LANG"(LANG BLOODLINE)

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawan peminat serama semua,
Saya telah pun membuat "Certificate Of Pedigree" (Sijil susur galur) untuk Bloodline Lang(LANG BLOODLINE),Tujuan saya membuat Certificate Of Pedigree ini adalah untuk memastikan pengekalan identiti ayam baka serama dari bloodline "LANG",saya harap nanti anak2 dan cucu saya masih dapat mengikuti dan mengenal pasti identiti baka yang terhasil dari reban saya ini dan peminat-peminat serama yang ingin mendapatkan serama dari bloodline LANG yang asli boleh mendapatkannya tanpa rasa curiga.

Saya juga telah membuat sijil pengiktirafan yang bakal diberikan kepada penternak dan pembiak bloodline "LANG" yang telah berjaya mengekalkan pembiakan serama dari bloodline "LANG" yang asli dengan kriteria-kriteria yang telah saya tetapkan untuk bloodline "LANG" yang asli.Sekarang ini cuma ada 2 penternak yang betul-betul berjaya menternak ayam baka serama dari bloodline "LANG" yang asli iaitu satu geng penternak di Johor dan seorang penternak di Perak (Saya akan bagitau nama dan alamat mereka nanti)

Selepas dari ini,saya juga akan mengeluarkan SIJIL KELAHIRAN (Certificate Of Birth) untuk setiap anak-anak asli serama dari bloodline "LANG".

Terima kasih untuk kali ini,nanti saya akan sambung lebih lanjut lagi untuk serama bloodline "LANG"

Rahman Lang Persona
Alor Gajah,Melaka
012-6845884


4 comments:

  1. selain dua penternak tu..semua lang kacuk la...x blh la pakai nama lang....kene ltk nama lain la...kan..

    ReplyDelete
  2. Congratulations Bro...
    Semoga Baka Lang akan terus maju

    ReplyDelete
  3. Harap bahawa dgn sijil ni, semua org bleh menerima baka lang sebagai baka yg betul2 baka pure kerana ianya berdaftar dan mempunyai catatan tersendiri... Syabas!!

    ReplyDelete
  4. Good job bro..... syabas!! jangan lupa SPB nak jugak.... baka tersohor tu nanti.

    ReplyDelete