Wednesday, November 30, 2011

Mari kita perbetulkan (Unsur Judi dlm Pertandingan)

Salam kawan2 peminat serama yang saya hormati,selepas membangkitkan isu unsur judi dalam urusan pemberian hadiah dalam pertandingan serama yang sangat kita minati ini saya menerima pelbagai respon,ramai yang positif,ada yang negatif dan ada juga yang saya lihat seakaan2 cuba membuat cara sendiri berdasarkan fikiran sendiri untuk menjadikan pertandingan serama yang menjadikan wang pendaftaran sebagai hadiah yang jelas judi itu kepada tidak judi...saya dengan rendah diri ingin mengingati diri saya sendiri dan kawan2 yang hukum Allah kita tak boleh suka2 ubah untuk kepentingan diri...oleh kerana perasaan was-was masih mebelenggu perasaan saya dan merasakan diri saya jahil,memerlukan nasihat dari yang pakar,saya telah menghubungi Jabatan Mufti Negeri Melaka bagi mendapatkan kepastian,saya telah disambungkan ke Ustaz Mohd Nazri Bin Abdul Majid,saya bertanya soalan dan dia telah menjawab,saya masih tidak puashati dan saya teruskan dengan menghantar email bagi mendapatkan penjelasan dan jawapan secara bertulis yang boleh kita kongsikan bersama:

 
2011/11/29 Abd Rahman Yaacob

Salam ustaz,

Saya adalah peminat ayam serama dan juga merupakan  salah seorang penganjur pertandingan kesenian dan kecantikkan ayam serama,untuk pengetahuan ustaz pertandingan serama ini dijalankan dengan pengadil yang dilantik akan memilih ayam serama yang cantik dan bergaya mengikut kriteria yang telah tetapkan dalam skema pertandingan.
Saya ada terdengar didalam satu ceramah agama di dalam satu siaran radio mengenai pertandingan yang mempunyai unsur judi,jadinya saya ingin penjelasan ustaz mengenai kaedah pemberian hadiah dalam pertandingan serama yang biasa dipraktikkan seperti dibawah ini :

1) Para peserta akan dikenakan yuran perdaftaran oleh penganjur,wang yuran pendaftaran itu akan dikumpulkan oleh penganjur dan akan digunakan untuk membayar upah pengadil,upah petugas, upah pengurusan pertandingan dan hadiah untuk para peserta yang ayamnya menang( mendapat kedudukan yang baik semasa pertandingan),manakala ada juga peserta yang ayamnya kalah akan balik dengan tangan kosong.
Adakah kaedah pertandingan semacam ini dikira judi didalam islam?

2) Ada juga rakan-rakan saya yang juga penganjur pertandingan mengatakan jika ada 10 orang peserta dalam pertandingan yang menggunakan kaedah seperti diatas,kita memberi salah seorang dari peserta tersebut yuran percuma,pertandingan ini sudah tidak boleh dianggap judi kerana ada 10 orang yang bertanding tapi pengumpulan duit untuk hadiah hanya di bayar oleh 9 orang sahaja,apa pendapat ustaz?

Abdul Rahman Bin Yaacob
Setiausaha Kelab Peminat Serama Negeri Melaka
012-6845884

Wa'alaikumussalam wrh.

En. Abdul Rahman,
Bentuk pertandingan yang dinyatakan oleh tuan seperti mana dalam perkara 1 adalah jelas mengandungi unsur perjudian begitu juga dalam perkara 2 masih tetap ada unsur pertaruhan,eksploitasi, tipu helah, untung nasib dan kesamaran. Muzakarah fatwa Kebangsaan pada 15 Disember 2008 telah memperakukan satu garis panduan mengenai peraduan berasaskan hadiah yang boleh dijadikan rujukan tuan dalam memahami panduan hukum berkaitan sesuatu pertandingan dan hadiah. Sila rujuk di alamat http://www.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/garis_panduan/2010/07/Garis_Panduan_Peraduan_Berasaskan_hadiah.pdf . garis panduan tersebut boleh diedarkan kepada ahli-ahli JK yang terlibat dalam penganjuran pertandingan tersebut untuk dipatuhi. Semoga jawapan ini dapat membantu tuan mendapatkan penjelasan berhubung isu ini. Syabas diucapkan kerana peka terhadap tuntutan syariat dalam melaksanakan sesuatu aktviti. Semoga Allah memberkati tuan dan mempermudahkan urusan. Yang sedikit tetapi berkat dan diredhai Allah lebih utama dapada banyak tetapi dibenci dan dimurkai Allah serta membawa kepada kebinasaan. wallahua'alam. Tarima kasih. Wassalam.

Ustaz Mohd Nazri bin Abdul Majid
Jabatan Mufti Melaka

Dan dibawah ini adalah salah satu daripda catatan yang saya dapat dari laman web yang di rekemen oleh ustaz Nazri untuk dibuat rujukan

6.5 GANJARAN/ HADIAH
i) Hadiah peraduan disediakan oleh pihak penganjur mestilah daripada
sumber yang halal.
ii) Hadiah peraduan tidak boleh diambil daripada kumpulan wang
peserta samada melalui yuran penyertaan, caj dan
seumpamanya.
iii) Sumber dana hadiah tidak boleh diambil daripada hasil caj
perkhidmatan yang di kenakan untuk sms dan seumpamanya.
iv) Hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur mestilah bernilai,
bermanfaat dan memenuhi spesifikasi yang telah dinyatakan di
dalam terma dan syarat peraduan.
v) Hadiah peraduan hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum
sesuatu peraduan dijalankan bagi mengelakkan timbulnya
sebarang unsur penipuan.
vi) Tempoh penyerahan hadiah kepada peserta mestilah ditetapkan dan
dinyatakan di dalam terma dan syarat peraduan dengan jelas.
7. KESIMPULAN
Garis Panduan yang diterbitkan ini adalah diharap dapat memberikan
panduan kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran
peraduan yang menawarkan hadiah sebagai ganjaran. Semoga usaha
ini dapat memastikan keseluruhan operasi peraduan mematuhi prinsipprinsip
syariah.
Rujukan
1. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 3,
cetakan pertama, 2000, Kuwait
2. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 4,
cetakan pertama, 2000, Kuwait
3. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 31,
cetakan pertama, 2000, Kuwait
4. Al- Mausu’ah al- Fiqhiyyah, Wizarah al- Auqaf wa al- Syu’un al- Islamiyyah, jilid 39,
cetakan pertama, 2000, Kuwait
5. Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Dr.Yusof al-Qardhawi, cetakan ke-15, 1994,

Saya minta maaf banyak2 jika apa yang saya bangkitkan ini menyusahkan kawan-kawan,tapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu apa yang benar,saya cuma ingin kita perbetulkan kaedah pemberian hadiah dalam pertandingan kita sahaja dan kita terus boleh bertanding serama dan mendapat keuntungan dari penjualan serama dengan jalan yang diredai Allah

Yang lemah
Abd Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

No comments:

Post a Comment