Sunday, November 20, 2011

Pengajur,peserta dan penternak serama

Salam kawan2 peminat serama,
Mintak maaf byk2 sbb saya masih lagi menulis mengenai isu kaedah pertandingan serama yang mempunyai unsur-unsur judi,
Alhamdulilah setelah saya berkongsi info mengenai pertandingan serama dan unsur-unsur judi dalam post yang lepas,saya mendapat feedback yang positif antaranya :

Untuk Blog boleh la"Rujuk blog seramaipoh"

"Tahniah kerana ambik cakna tentang cara penganjuran pertandingan serama yang terdapat unsur2 judi selama ini,semoga penganjur2 lain dapat mengikuti cara ini"..
- Ikhlas dari peminat serama dungun.

"Salam terlebih dlu kawan nak ucap tksh yng tak terhingga atas info pasal bon yang ada unsur judi,yang sebenarnya isu tu la yang menghantui kawan sejak sekian lama.kawan mengikuti pengajian agama,sejak dgr bab tu yang kawan trus tak ikut bon (Tak joint pertandingan serama),sambil bertanya sana dan sini tentang itu,kawan bukan alim,tapi takut sbb baru tau"
- Peminat serama Batu Pahat Johor

"Hmm good idea,cuma kena bgtau kat semua kawan2.kalau mmg ada unsur judi,mulai harini saya tak nak masuk bon,saya nak g bon yang xda unsur judi
- Peminat serama Kelang selangor.

Saya menulis sms yang saya dapat ni bukan tujuan untuk membangga diri menunjukkan sokongan tapi nak bgtau yang rupanya selama ni ramai yang dah mula risau dan perasan kan hal judi ini dalam pertandingan serama yang amat kita sukai ini tapi cuma mungkin segan ada tak tau kat mana nak luahkan pekara ni...nak cakap dgn penganjur takut penganjur marah dan x boleh terima,tapi alhamdulilah saya adalah penganjur, kawan2 saya dan abang2 a saya di Kelab serama melaka ni sgt perihatin jika sesuatu hal itu berkaitan dgn syariat islam..aminnn....

Insyallah pertandingan yang akan datang kami akan buat dgn kaedah seperti yang saya tuliskan dalam post yang lepas,andaikata masih ada unsur2 judi dan tak baik dalam kaedah itu sila lah hubungi saya.

Satu lagi yang amat...amat..amat penting yang kita sama2 kena fikirkan ialah,jika pertandingan serama tu mempunyai unsur judi,maka secara langsungnya penternak serama yang menjual serama dan ayam serama nya di bawa ke pertandingan ataupun keturunan seramanya di bawa ke pertandingan pun dikira bersubahat dalam judi ini,marilah kawan2 semua,kita perbetulkan cara penganjuran dan hadiah dalam pertandingan serama supaya kita yang terlibat dalam menjual ayam serama ini mendapat rezeki yang betul2 bersih dari unsur judi,supaya duit gaji kita tidak becampur gaul dgn yang wang judi dan akhirnya kita membeli makanan untuk anak dan isteri kita.

Terima kasih dari saya insan dan hamba yang lemah
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

No comments:

Post a Comment