Wednesday, November 23, 2011

Kearah Pertandingan Serama yang bebas judi

Salam kawan-kawan peminat serama semua,

Alhamdulilah dah ramai dari penganjur pertandingan dan peminat serama yang memberi respon yang positif dalam isu ini,antaranya penganjur serama di Ipoh,K.Lumpur,Penang dan yang terbaru Serama Sabah,macam penganjur serama disabah ni mmg saya rasa dari dulu mereka dah ok sebab hadiah pertandingan mereka di sponsor,Tahniah Serama Sabah,Pengajur di Penang rasanya pun dah ok sebab,penganjur mengumpul duit mereka dan dijadikan hadiah pertandingan dan menurut sumber dari salah seeorang dari mereka wang pendaftaran mereka gunakan untuk bayar pengadil,tempat pertandingan (Khemah atau dewan ) dan upah petugas2.

Yang payah sikit bila penganjur mengharapkan wang pendaftaran untuk dijadikan hadiah pertandingan,kalau penganjur yang macamni (Termasuklah kami di Melaka),kena la cari kaedah yang terbaik untuk pastikan pertandingan yang dianjurkan tidak ada unsur judi,mungkin boleh timbang2kan kaedah yang saya cadangkan dalam pos sebelum ini dan jika masih tidak jelas boleh la rujuk pada pakar agama yang memang pakar dalam hal ini.

Apapun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengambil berat kan hal ini.
Dibawah ni saya tuliskan sekali lagi untuk rujukan kita apakah 3 ciri-ciri yang ditetapkan oleh islam untuk menentukan sesuatu pertandingan itu ada unsur judi ataupun tidak:
1)Ada unsur-unsur pertaruhan (Wang dari peserta pertandingan dikumpulkan dan dijadikan Hadiah dalam pertandingan tersebut,iaitu yang menang akan mendapat habuan yang banyak manakala yang kalah mandapat hadiah yang lebih sedikit ataupun terus tidak mendapat apa-apa).

2) Kemenangan ditentukan oleh nasib.
3) Ada pihak yang untung dan ada pihak yang rugi akibat dari pertandingan tersebut (Daftar sama-sama bayar RM30,bila lepas pertandingan dan dapat keputusan yang menang mendapat keuntungan contonya RM150,manakala yang kalah balik dengan tangan kosong dan kecewa)

Terima kasih dari saya insan yang lemah.
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

No comments:

Post a Comment