Wednesday, November 16, 2011

Sambungan Hadiah dlm pertandingan serama

Salam kawan2 peminat serama semua,ini adalah sambungan post saya yang berkenaan unsur judi dalam pertandingan serama,ada lagi yang saya tertinggal apa yang dikatakan ustaz dlm radio IKIM tu,
Ustaz tu kata yg menyebabkan pertandingan itu jadi berjudi ialah apabila wang pendaftaran yang dibayar oleh setiap peserta di kumpul dan dijadikan hadiah (Habuan) bagi para pemenang,yang menang akan tersenyum gembira kerana mendapat habuanya manakala yang kalah akan balik dgn perasaan kecewa balik dgn tangan yang kosong,sedangkan sama2 telah membayar wang pendaftaran yang sama jumlahnya,ini yang tidak boleh dalam islam,tiada keadilan dan boleh menimbulkan perbalahan dan rasa tidak puashati.

Saya ingin membuat cadangan supaya pertandigan serama yang sangat kita sukai dan minati ini berada dilandasan syariat yang betul,klu nak tunggu sponsor mungkin setahun sekali pun susah nak anjur pertandingan ,mudah2an Insayallah.

Duit pendaftaran penganjur akan kumpulkan dan diagihkan seperti dibawah:
1) Upah pengadil
2) Upah petugas penganjuran
3)Kos pengurusan pertandingan (Sms maklumat pertandingan,slip pertandingan,sijil dan lain2)

Baki dari kos diatas kita bahagikan dgn jumlah ayam yang masuk bertanding
Contoh : Baki RM1500 dan Jumlah ayam adalah 100 ekor, campur BOTB seekor
Jawapannya ialah Rm 14.85,dgn rm 14.85 ni pengajur akan membeli apa2 barangan yang sebanyak 101 unit untuk diberikan kepada semua peserta termasuk BOTB,ataupun wang tunai Rm14.85 akan di bahagikan kepada semua peserta secara adil...
Para pemenang dari tempat pertama hingga ketiga akan diberikan Poskad(Mcm sijil tapi saiz kecil) yang akan disediakan penganjur dan dikira dlm kos pengurusan pertandingan,Poskad ini insyallah akan dibuat bersaiz 4R,mudah untuk disimpan didalam album.

Tujuan pertandingan ini ialah mendapatkan status kecantikkan dan gaya ayam serama,bukan mendapat keuntungan dan berunsurkan judi.

Kita pun tau yang walaupun hadiah pertandigan sampai RM300,ianya masih tak dapat menampung kos pembelian ayam serama yang bernilai ribuan ringgit,para penternak dan peminat serama akan mendapat keuntungan dari penjulan ayam serama bukan pertandingan serama.

Mula2 mungkin kita akan rasa macam kekok,tapi insyallah lama2 kita sudah terbiasa dan yang paling penting perkumpulan kita semasa pertandingan serama yang selama ini meningkatkan hubungan silaturahim akan lebih berkat kerana mengikut syariat islam dan diberkati Allah..Aminnnn...

Mungkin nanti ada yang tak suka dgn kaedah ini,tapi apalah sangat yang kita kejarkan untuk menyukakan hati manusia sedangkan usaha kita di murkai Allah..

Mana yang tersilap saya mintak maaf,
Rahman Lang Persona
Serama melaka
012-6845884

No comments:

Post a Comment