Monday, November 21, 2011

Pertandingan yang berunsurkan judi

Salam kawan-kawan sya dapat artikel ni dari Pejabat Mufti Brunei Darul salam,

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Judi bermaksud permainan dengan menggunakan wang dan lainlain
sebagai pertaruhan. Bermain judi adalah perbuatan yang amat
dicela dan termasuk antara dosa-dosa besar. Ini kerana keburukan
akibat perbuatan ini lebih besar berbanding manfaatnya.
Perbuatan berjudi ini sudah wujud sejak zaman sebelum
kedatangan Islam lagi. Judi adalah suatu kesukaan orang-orang
Jahiliah. Mereka mempertaruhkan wang, harta benda malahan
mempertaruhkan isteri mereka dalam permainan-permainan
mereka seperti permainan at-tajzi’ah dan al-mukhatharah.
Contohnya dalam permainan al-mukhatharah, pemain yang terdiri
daripada dua orang lelaki atau lebih menjadikan isteri dan harta
masing-masing sebagai pertaruhan dan kesudahannya pihak yang
menang akan mengambil isteri dan harta pihak yang kalah sebagai
hadiah untuknya. Begitulah antara cara masyarakat Jahiliah
mempertaruhkan sesuatu dalam permainan judi mereka.
Walaupun corak atau cara perjudian yang berlaku masakini atau
jenis permainannya berlainan, akan tetapi unsur yang ada di
dalamnya tetap sama.
Dalil Pengharaman Judi
Pengharaman judi ada disebutkan dengan jelas dalam Al-Qur’an.
Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
( (سورة البقرة: 219
Tafsirnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad)
mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa
besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya.”
(Surah al-Baqarah: 219)
Dalam ayat di atas, disebut tentang dosa yang terdapat pada arak
dan judi. Walaupun keduanya mempunyai beberapa manfaat
kepada manusia, namun sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat
di atas dosa atau keburukan keduanya lebih besar sehingga syari‘at
Islam melarang penganutnya menghampiri keduanya.
Dosa yang nyata daripada perbuatan berjudi ialah memakan harta
orang lain dengan bathil iaitu dengan cara yang salah. Perbuatan
ini kemudiannya akan menjerumuskan mereka kepada permusuhan
dan kebencian.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam ayat yang lain pula:
(سورة المائدة: 90
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa
sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan
mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
semata-mata kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)
Dalam ayat di atas, Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintahkan
supaya tidak mendekati arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi
nasib dengan batang-batang anak panah kerana semua perkara
yang disebutkan itu adalah merupakan perbuatan syaitan yang
wajib dijauhi oleh orang-orang yang beriman.
FirmanNya lagi:
Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu
menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan
sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada
mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh
itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara
yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil.”
(Surah al-Maidah: 91)
Allah Subhanahu wa Ta‘ala menjelaskan kepada hambahambaNya
bahawa syaitan menginginkan untuk mencetuskan
permusuhan dan kebencian di kalangan manusia dengan sebab arak
dan judi serta melalaikan manusia daripada mengingati Allah dan
meninggalkan sembahyang umpamanya seseorang itu mabuk
kerana meminum arak maka fikirannya menjadi tidak waras untuk
mengingati Allah dan seseorang itu terlalu leka berjudi sehingga
meninggalkan sembahyang atau lain-lain kewajipan, bahkan
sanggup melakukan sesuatu yang keji dan ditegah oleh syara‘
hanya kerana terlalu ketagih berjudi atau dibebani hutang judi.
Keburukan Berjudi
Antara keburukan akibat berjudi itu ialah:
i. Memakan harta orang lain secara bathil iaitu dengan cara
yang salah.
ii. Para pelakunya lebih banyak mengalami kerugian daripada
keuntungan. Manfaatnya hanya dapat dikecapi oleh pihak
yang menang, manakala pihak yang kalah pula akan
mengalami kerugian dan kedukaan kerana kehilangan harta
yang dipertaruhkan.
iii. Berjudi menyebabkan seseorang itu menjadi malas untuk
berusaha dan hanya mengharapkan nasibnya (baik) agar
menang dalam permainannya.
iv. Berjudi merupakan perbuatan syaitan yang keji dan tercela.
v. Berjudi menyebabkan manusia saling membenci antara
pelaku-pelakunya hingga menimbulkan permusuhan akibat
rasa tidak puas hati di kalangan mereka, malahan ada yang
sanggup berbunuhan sesama sendiri.
vi. Berjudi boleh menyebabkan pelakunya lalai daripada
mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan lalai daripada
kewajipan-kewajipan syara‘ kerana leka dengan permainan
demi untuk memperolehi hasil yang banyak pada waktu yang
singkat tanpa perlu berpenat lelah.
vii. Orang yang sudah ketagih dengan judi mengalami
kemiskinan dan hilang tumpuan bekerja.
viii. Berjudi menyebabkan seseorang sanggup melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah, seperti
berjumpa bomoh untuk mendapatkan nombor yang kononnya
membawa tuah kepadanya. Ada juga yang sanggup memujamuja
pokok, pungsu, busut, pergi ke kubur-kubur malahan
ada yang sanggup mengambil nombor lesen kereta yang
terlibat dengan kemalangan hanya untuk mendapatkan
nombor yang dianggap boleh mendatangkan kemenangan
untuknya.
ix. Dengan berjudi seseorang akan terdorong untuk melakukan
jenayah-jenayah lain seperti menipu, mencuri, berhutang
dengan menjanjikan janji-janji manis dan sebagainya.
Apa Dia Unsur Judi?
Islam mengharamkan segala bentuk perkara yang berunsurkan
perjudian. Unsur judi itu ialah adanya pertaruhan, berdasarkan
nasib semata-mata dan hanya sebahagian pihak sahaja yang
mendapat keuntungan hasil pertaruhan itu.
1) Pertaruhan
Pertaruhan itu seperti wang dan lain-lain yang digunakan dalam
perjudian. Jumhur ulama berpendapat bahawa unsur penting dalam
al-maisir (perjudian) itu adalah pertaruhan. Pada pandangan
mereka, adanya unsur pertaruhan ini merupakan ‘illah’ (sebab)
bagi haramnya al-maisir tersebut. Oleh yang demikian, setiap
permainan yang mengandungi unsur pertaruhan adalah al-maisir
dan hukum melakukannya adalah haram.

(Ini ada terkena dgn cara pemberian hadiah semasa kita menganjurkan pertandingan serama,duit pendaftaran dikumpulkan menjadi hadiah pertaruhan )


2) Kemenangan Yang Ditentukan Oleh Nasib
Berjudi hanya bergantung pada nasib semata-mata. Allah Subhanahu wa Ta‘ala
mengharamkan setiap hasil pencarian yang diperolehi oleh manusia berdasarkan
nasib walaupun tujuannya untuk disumbangkan kepada orang-orang fakir dan
miskin atau bagi tujuan kebajikan.

3) Adanya Pihak Yang Untung Dan Pihak Yang Rugi
Apa yang dipertaruhkan dalam satu-satu permainan judi itu hanya
dapat dinikmati oleh pihak yang menang sahaja, manakala yang
kalah tidak mendapat apa-apa melainkan hanya kerugian. Pihak
yang menang mendapat keuntungan daripada kerugian pihak yang
kalah. Gambaran seumpama ini dianggap sebagai memakan harta
orang lain secara bathil dan ia jelas ditegah dalam Islam.
(Ini pun terkena dgn cara kita menganjurkan pertandingan serama,contohnya semua peserta perlu membayar wang pendaftaran RM30,Wang itu dikumpulkan dan yang menang dapat keuntungan,manakala yang kalah balik dalam keadaan hampa dan kecewa,sedangkan yuran pendaftaran sama2 kena bayar.)

sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya: “dan janganlah kamu makan (atau mengambil)
harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah,
dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat)
dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”(Surah al-Baqarah: 188)
Antara Contoh-Contoh Permainan Masakini Yang
Berunsurkan Judi
1) Penganjur mengadakan permainan kuiz yang dibukakan
kepada para peserta melalui penghantaran sistem pesanan
ringkas atau SMS. Sesiapa yang banyak menghantar atau
mula-mula sekali meneka jawapan itu dengan tepat akan
mendapat hadiah yang dijanjikan oleh pihak penganjur.
Permainan yang berbentuk kuiz melalui SMS ini amat
berleluasa dan sambutan yang diberikan juga tidak kurang
hebatnya. Banyak peserta yang membelanjakan sejumlah
wang mereka untuk membayar caj penghantaran SMS
dengan tujuan untuk memperolehi kemenangan.
Permainan ini dikategorikan judi kerana terdapat unsur-unsur
perjudian yang terkandung di dalamnya, iaitu:
i. Pertaruhan daripada wang peserta yang dijadikan sumber
hadiah bagi bakal pemenang.
ii. Pihak yang menang dalam peraduan kuiz ini mendapat
untung daripada wang peserta-peserta lain, sedangkan
pihak yang kalah akan mendapat kerugian kerana perlu
membayar caj SMS yang digunakannya.
iii. Kemenangan berpihak kepada peserta adalah melalui
nasib kerana pemilihan untuk menang adalah dari sudutsudut
tertentu seperti siapa yang terbanyak, terpantas dan
sebagainya.
Melalui permainan ini, pihak penganjur mengumpul sejumlah
besar wang daripada para peserta dengan berbagai cara,
antaranya;
- Mengenakan caj perkhidmatan penghantaran SMS lebih
tinggi daripada kadar biasa;
- Mengenakan bayaran bagi setiap SMS yang dikirim oleh
penganjur kepada peserta;
- Mengenakan bayaran pendaftaran untuk memasuki peraduan
melalui kredit peserta dan sebagainya.
Bayaran daripada peserta inilah yang sebahagiannya
dijadikan hadiah yang ditawarkan atau dijanjikan penganjur
kepada peserta yang bakal memenangi peraduan tersebut dan
sebahagiannya menjadi keuntungan bagi penganjur.
Perlu diingat, sekalipun penghantaran SMS bagi permainan
ini dikenakan dengan kadar caj biasa, namun sekiranya
bayaran caj tersebut dimasukkan dalam nilai hadiah maka ia
tetap dianggap perjudian.
2) Sebuah kumpulan ingin mengadakan satu perlawanan di
mana setiap peserta diarahkan untuk menyediakan wang
masing-masing dengan kadar tertentu. Di akhir permainan
sesiapa yang menang akan memperolehi semua wang hasil
kutipan daripada semua peserta tadi atau mendapat hadiah
yang dibeli menggunakan wang kutipan tersebut. Maka
perkara seumpama ini dianggap sebagai judi kerana terdapat
unsur-unsur judi iaitu adanya pertaruhan dan hanya seorang
sahaja atau sebahagian pihak sahaja mendapat keuntungan
hasil pertaruhan, manakala yang sebahagian pula tidak
mendapat apa-apa.
Walau bagaimanapun jika salah seorang daripada peserta
menyediakan ganjaran untuk perlawanan tersebut, maka tidak
ada unsur perjudian dalam pertandingan tersebut. Misalnya
peserta yang menyediakan hadiah tersebut berkata: “ika
engkau mengalahkanku, maka bagimu ganjaran ini”atau
“ika aku mengalahkanmu, engkau tidak perlu memberiku
ganjaran apapun.”Jika wang yang dikutip dari semua peserta bertujuan untuk
kegunaan perlawanan tersebut seperti membeli minuman
untuk para peserta, membayar pengadil atau hakim
perlawanan dan yang seumpamanya selama mana ia tidak
membabitkan ganjaran kepada peserta yang menjadi
pemenang perlawanan, maka tidaklah ia dianggap judi.
Begitulah antara contoh perkara-perkara yang berunsurkan judi.
Walaupun perlaksanaannya berbeza dengan perlaksanaan judi yang
dilakukan di tempat-tempat perjudian dan tidaklah mengundang
kepada perkelahian, akan tetapi ia merupakan salah satu cara untuk
mendapatkan harta orang lain secara tidak sah. Cara seperti ini
diharamkan oleh syara‘
Penutup
Larangan berjudi sudah jelas disebutkan dalam ayat-ayat di atas.
Kiranya Al-Qur’n Al-Karim telah mengharamkan arak dan judi
itu, maka sudah tentu perkara itu besar bencananya kepada umat
manusia, selain dari itu akal yang waras pun tiada menerima,
kerana buruk kesannya pada ekonomi, kesihatan dan pergaulan
manusia.
Oleh itu, sebelum melaksanakan sesuatu peraduan atau perlawanan
pihak penganjur hendaklah memastikan bahawa peraduan atau
perlawanan itu hendaklah bersih daripada unsur judi iaitu
pertaruhan. Dengan menyediakan hadiah, samada yang disediakan
oleh para penganjur sendiri atau yang ditaja oleh orang lain, tanpa
membabitkan pengutipan wang daripada para peserta adalah cara
untuk mengelakkan berlakunya permainan yang berunsurkan
perjudian.
">Masyarakat pula perlulah sentiasa peka sebelum menyertai manamana
peraduan atau permainan. Ini kerana perjudian boleh saja
berlaku dalam bentuk yang terselindung. Melalui penjelasan ini,
masyarakat boleh menilai samada peraduan atau permainan yang
dianjurkan oleh mana-mana pihak bersih daripada unsur perjudian
atau sebaliknya
Kawan-kawan peminat serama yang saya hormati dan kasihi semua,saya terpaksa membangkitkan isu ini walaupun kepentingan saya sebagai penganjur,peminat,penternak,penjual dan broker ayam serama terpaksa saya korbankan....ini semua demi untuk memastikan hobi,perkumpulan dan rezeki kita dalam bidang ayam serama yang telah Allah kurniakan kepada kita ini diredaiNYA.

Saya bukan mahu menghentikan hobi serama ni,bukan nak hentikan pertandingan serama ni,ini hobi saya sejak 1999 lagi dan serama adalah sebahagian dari hidup dan sumber rezeki saya,tapi saya cuma mahu kita megubah cara pemberian hadiah dalam pertandingan kita supaya mengikut syariat dan terhindar dari unsur2 judi aminnnnn.

Yang lemah
Rahman Lang Persona
Serama Melaka
012-6845884

1 comment: